Posts

Showing posts from January 15, 2017

Bijak Kewangan

Image
D i dalam buku Rich Dad Poor Dad yang dikarang oleh Robert Kiyosaki ada menjelaskan bagaimana beliau belajar dengan dua orang bapanya (bapa miskin dan bapa kaya) tentang wang. Beliau mempunyai mentor yang dapat menjelaskan bagaimana untuk menjadikan wang itu bekerja. Walaupun bapa kandung mempunyai seorang yang berpendidikan tinggi tetapi miskin dan memadaiilah dengan ilmu kewangan dalam bentuk ketara sahaja diajar kepada beliau. Buku ini amat hebat jika diamatinya dengan betul, bagi sesiapa yang belum membacanya, saya cadangkan supaya membacanya dan ada satu lagi buku yang tidak kurang hebatnya iaitu Cashflow Qudrant ditulis oleh Robert Kiyosaki juga.        Bagi yang berjinak-jinak mahu berniaga kedua-dua buku itu amat berguna untuk pembaca. Itu sahaja perkongsian saya untuk hari ini.😀😀

Teori Penyiasatan

Hari ini saya ingin berkongsi tentang anime yang berjudul "Detective conan". Setiap kali saya menonton anime, saya cuba memandangnya dalam bentuk yang positif. Kebanyakkan daripada anime memang membawa pengajaran yang perlu dilihat dengan hati yang terbuka serta ilmu yang luas.      Dalam anime berjudul "Detective conan" ingin saya kemukakan teori penyiasatan yang dilakukan dalam anime ini. Anime ini banyak juga diadaptasi daripada filem Sherlock Holmes yang merupakan tokoh fiksyen yang begitu popular di London. Teori penyiasatan yang saya berjaya ambil adalah melihat sesuatu atau situasi dengan situasi yang lain (yang dapat digunakan untuk selesaikan masalah). Contohnya pada episod 509, apabila Kaito menggelar conan sebagai "kuroshiro"(si hitam putih) lalu conan terlihat kereta polis yang berada berhampiran dengannya. Maka muncullah maksud si hitam putih dalam fikirannya. Si hitam putih itu bermaksud polis yang berperanan untuk menyelesaikan sebarang

Kehebatan bahasa Al Quran

Bahasa Al Quran merupakan bahasa yang paling lama digunakan lebih daripada 1400 tahun dahulu lagi. Walaupun ramai umat Islam bukannya datang dari Tanah Arab tapi kebanyakan dari mereka dapat menyebut perkataan arab di dalam Al Quran dengan lancar. Tetapi lain berbanding dengan bahasa lain, contohnya Inggeris, bahasa lama adalah "Old english" atau dikenali juga sebagai "Anglo-Saxon" hanya beberapa perkataan yang masih disimpan sebelum berubah sebanyak 4 kali iaitu "Middle english", "Early Mordern English", "Late Mordern English" dan sekarang adalah "Present-Day English".                Begitu juga dengan bahasa-bahasa tidak mampu untuk bertahan lebih daripada bahasa arab. Jika anda dapat mencari bahasa yang dapat bertahan dan banyak orang menggunakan bahasa yang bertahan itu sehingga sekarang memang anda seorang bijak!!! 😊😊😊😊😊

Low Profile

Image
Sometime you must low your head to someone for a help but when you're having a good situasion, what will you do??? I thought most of people will hold his pride so they'll think everyone will respect them.