Sejarah perkataan 'Keling' di Malaysia
Muslihat ibu bapa pada zaman dahulu bagi mengawal anak-anak mereka yang nakal dan buas. Mereka akan memberi amaran keras dengan membuat cerita ngeri mengenai “Keling potong kepala”. Keling potong kelapa akan penggal leher anak-anak kecil yang berkeliaran jauh dari rumah dan kepala mereka akan ditanamkan di hujung jambatan yang sedang dibina atau di tapak-tapak pembinaan lain. Pada waktu itu, perkataan ‘Keling’ bukan luar biasa dan tidak dianggap menghina atau menghasut. Asal usul ‘Keling dalam bahasa Melayu adalah rujukan kepada orang dari empayar kuno India bernama Kalinga yang terlatak di negeri Orissa sekarang. Diceritakan yang Empayar Kalinga sangat gagah hingga berjaya menyekat penaklukan Maharaja Asoka. Jadi, kerana terpengaruh dengan mitos Empayar Kalinga itu, orang Melayu menyamakan orang yang datang dari benua kecil India dengan orang Kalinga. Akibatnya perkataan Keling digunakan dengan meluas. Misalnya, salah seorang ibu saudara sepupu saya namanya Mak Cik Keling.