Tayar ilmu yang penting
Sekadar Gambar Hiasan Hari ini saya ingin berkongsi ilmu tentang tayar kerana tayar menjadi salah satu komponen yang amat berharga pada sesebuah kereta. Kebiasaannya pemandu menyediakan tayar pengganti sebagai "spare" bagi menggantikan tayar yang telah pancit, dan tayar pancit merupakan masalah yang besar bagi pemandu jika pemanduan mereka berada di Lebuh raya atau pendalaman. Hal ini kerana, mereka sukar untuk mendapatkan bantuan daripada mana-mana individu yang mempunyai kepakaran mengenainya. Ada juga dikalangan pemandu yang menggunakan tayar donut (yang lebih kecil sedikit dari tayar biasa) untuk menggantikan tayar yang telah pancit. Ini adalah sedikit tip untuk itu:- 1] PANDU PERLAHAN Apabila menggunakan tayar ganti, perlu mengekalkan kelajuan yang rendah. Tayar donat bukan dibuat untuk memandu laju seperti tayar konvensional. Disebabkan saiz yang lebih kompak, dinasihatkan tidak memandu melebihi kelajuan 80 kilometer sejam. Untuk langkah keselamatan pandula