Posts

Showing posts from April 2, 2017

Sindiket Penipuan Internet

Image
Individu yang ada akaun Maybank dinasihatkan berwaspada terhadap kemunculan sindiket penipuan ‘Spoofing’. Timbalan Pengarah JSJK (Siber dan Siasatan Multimedia), Senior Asisten Komisioner Datuk Kamaruddin Md Din berkata, pihaknya telah mengesan wujudnya rangkaian sindiket baru yang menyamar sebagai pegawai bank khususnya Maybank untuk menipu orang awam. Menurutnya, sindiket itu akan menghubungi telefon mangsa (victim) secara rambang sebelum memulakan perbualan dengan mendakwa nama mangsa digunakan individu tertentu untuk melakukan pinjaman peribadi. “Ahli sindiket akan memperkenalkan diri sebagai pegawai bank sebelum meminta mangsa menyatakan nama penuh dan nombor MyKad untuk tujuan pengesahan. “Suspek kemudian mendakwa ada individu yang menyamar dan membuat pinjaman peribadi menggunakan identiti mangsa,” katanya. Mangsa kemudian akan panik dan suspek akan menasihati mereka untuk membuat aduan dengan Bank Negara Malaysia (BNM) atau Polis Diraja Malaysia (PDRM) dengan
Image
Ini adalah antara denda-denda yang dikenakan kepada penulis pada waktu kecil dahulu (Gambar hanyalah hiasan sahaja). Pengalaman yang penulis dapat daripada denda yang dikenakan itu telah banyak mendewasakan penulis. Berikut adalah gambar-gambar denda yang pernah penulis kena ketika waktu persekolahan dulu:-

Pencarian Maklumat dengan Google

Image
Penulis Azleen Abdul Rahim- Utusan ANDA  pernah Google diri anda ataupun jenama anda sendiri? Pasti teruja dapat melihat profil anda sendiri terpampang di internet. Tetapi kali ini cuba anda cari jenama anda sendiri di laman enjin pencarian seperti Google, Yahoo mahupun Bing, dengan cara lain selain daripada menulis nama jenama anda. Cuba anda taip sesuatu yang melibatkan industri anda sendiri, atau mencari jenama anda berdasarkan tempat di mana jenama anda beroperasi, kemudian cuba lihat di dalam senarai yang dipaparkan sama ada, ada atau tidak jenama anda di situ. Saya yakin jenama anda pasti tidak akan muncul di muka surat pertama, kedua, ketiga ataupun di muka surat berapa sekali pun di Google. Saya juga yakin yang jenama anda tidak akan dijumpai langsung. Anda cuma akan berjumpa apabila anda menaip jenama anda sendiri. ‘Restoran Untuk Sarapan Pagi Yang Enak di Muar.’ Apabila seseorang ingin mencari sesuatu maklumat, mereka tidak akan menaip dengan terperinci.