Posts

Showing posts from February 5, 2017

Kereta Idaman

Image
Ini merupakan kereta Porsche A 356, ini adalah model Porsche yang lama. Kereta ini agak terkenal pada pertengahan abad ke 20. Dalam rancangan Anime Jepun iaitu Detective conan, kereta ini merupakan kereta kegemaran Gin iaitu salah seorang penjenayah kumpulan gelap. Kereta ini tidaklah seperti model-model sekarang dan memang sangat sukar menjumpai di Asia Tenggara ini. Ini pandangan kereta Porsche A 356   Itu sahajalah perkongsian saya...😊
Image
Apabila tidak dapat apa yang kita inginkan, perasaan kecewa mungkin menyelubungi seseorang tetapi apabila memikirkan insan (manusia) yang lain perasaan kecewa yang dialami tadi kian menghilang. Oleh kerana, kita mengetahui akan ada orang yang belum merasai kesenangan yang telah kita merasai seperti adanya ibu dan ayah di sisi ataupun kita masih lagi hidup walaupun gaji yang kita dapat hanya cukup-cukup makan sahaja. Walaupun rumah yang kita didiami tidaklah sebesar rumah di sekeliling perumahan tetapi bersyukurlah kerana masih ada ramai insan yang bernasib malang yang tidak mempunyai rumah setelah terpaksa meninggalkan negara mereka. Mereka terpaksa melakukan sedemikian bagi mengelakkan dari terbunuh daripada kekejaman yang dilakukan oleh individu-individu yang tidak bertanggungjawab. Apabila remaja lelaki mengimpikan untuk mendapatkan dakapan daripada seorang isteri, si budak kecil ini mengimpikan untuk mendapatkan dakapan seorang ibu yang telah terbunuh oleh orang y

Frexit

Image
Frexit meaning from France Exit , hal ini membawa makna yang negara Perancis keluar daripada Kesatuan Eropah (Europian Union). Sebelum ini negara British (Britain) telah keluar daripada Kesatuan Eropah, jadi adakah negara Perancis akan turut serta daripada Kesatuan Eropah selepas beberapa isu seperti penurunan nilai mata wang euro?      Pada awalnya, saya tidak begitu ambil kisah akan perkara ini tetapi apabila terfikir yang Perancis dan British pernah menjadi antara 5 kuasa besar yang terdiri daripada negara Amerika Syarikat, Russia, China, British dan Perancis. Hal ini menjadikan kelima-lima kuasa besar ini memunyai agenda-agenda yang tersendiri yang belum kita semua ketahui. Apakah akan berlaku perselisihan faham selepas Frexit berlaku?
Video ini menunjukkan hasil tulisan (surat) seorang budak yang berumur 6 tahun yang tinggal di Amerika syarikat yang mana surat ini ditujukan kepada Barrack Obama (Presiden Amerika Syarikat pada ketika itu). Sebagai seorang manusia yang mempunyai sifat kemanusia, saya amat tersentuh dengan hasil tulisan budak ini walaupun dia masih lagi budak kecil

Isu Pulau Batu Putih

Image
Isu Pulau Batu Putih kembali menjadi isu antara negara Malaysia dan negara Singapura. Pertikaian ini telah berlaku sejak dari tahun 1979 lagi dan pada 23 Mei 2008 Pulau batu putih telah menjadi hak milik Singapura yang telah diadili di Mahkamah Keadilan Antarabangsa ( ICJ). Baru-baru ini ianya kembali dipersoalkan apabila fakta baharu yang ditemui iaitu 3 dokumen yang ditemukan di National Archives of the United Kingdom. Boleh rujuk  http://www.sinarharian.com.my/nasional/pulau-batu-puteh-bukan-milik-singapura-1.623050 Mengapakah ianya menjadi isu sedangkan ianya hanyalah sebuah pulau kecil yang tidak boleh bercucuk tanam atau memberi faedah yang lain? Bagi pendapat saya ianya amat penting, jika Pulau Batu Putih ini ditambun tanah ianya pasti akan memberi tamparan kepada penduduk Johor yang berada berhampiran dengan pantai yang mana air laut kemungkinan akan naik di kawasan itu. Jika tanah ditambun di kawan Pulau Putih itu akan menjadi advantage (kelebihan) kepada Malaysia untu