Teori Penyiasatan

Hari ini saya ingin berkongsi tentang anime yang berjudul "Detective conan". Setiap kali saya menonton anime, saya cuba memandangnya dalam bentuk yang positif. Kebanyakkan daripada anime memang membawa pengajaran yang perlu dilihat dengan hati yang terbuka serta ilmu yang luas.

     Dalam anime berjudul "Detective conan" ingin saya kemukakan teori penyiasatan yang dilakukan dalam anime ini. Anime ini banyak juga diadaptasi daripada filem Sherlock Holmes yang merupakan tokoh fiksyen yang begitu popular di London. Teori penyiasatan yang saya berjaya ambil adalah melihat sesuatu atau situasi dengan situasi yang lain (yang dapat digunakan untuk selesaikan masalah). Contohnya pada episod 509, apabila Kaito menggelar conan sebagai "kuroshiro"(si hitam putih) lalu conan terlihat kereta polis yang berada berhampiran dengannya. Maka muncullah maksud si hitam putih dalam fikirannya. Si hitam putih itu bermaksud polis yang berperanan untuk menyelesaikan sebarang kes yang berunsur jahat. Apa yang dimaksudkan oleh Kaito percaya conan dapat menyelesaikan kes yang terjadi di rumahnya serta kebakaran yang berlaku itu.

     Saya juga pernah cuba tentang teori itu, iaitu pada suatu hari kerja, saya mendapat berita yang keputusan STPM saya agak teruk. Pada waktu itu, saya memang tidak dapat tumpukan kerja yang dilakukan lalu saya lihat kawan sekerja(syafiq) melompat dari timbunan kotak yang tinggi kepada timbunan kotak yang rendah. Alhamdulillah saya mendapat ilham supaya saya perlu bermula dari awal iatu belajar dari awal bab bagi kertas yang ingin dijawab semula(repeat) berbanding peperiksaan yang sebelum hanya menumpukan tajuk yang difokuskan oleh cikgu sahaja. Daripada situasi juga memberi pengajaran pada saya, perlu bersikap rendah diri jika telah memegang sesuatu jawatan atau kuasa.

Itu sahajalah perkongsian hari ini, agar dapat sesuatu darinya...😊😊😊😊

Comments

Popular posts from this blog

6 Topi pemikiran

Sejarah perkataan 'Keling' di Malaysia

Masih adakah hamba dalam dunia yang serba moden?