Posts

Showing posts from January 29, 2017

Pengalaman PLKN Batu Jong Siri 1 2014

Image
Al kisah tentang pengalaman saya di Plkn. PLKN adalah singkatan kepada Program Latihan Khidmat Negara. Ianya adalah program bagi membina golongan-golongan belia semangat untuk mempertahankan negara dan program ini juga ada latihan-latihan seperti latihan tentera misalnya penggunaan senjata M-16.  Oleh kerana kekurangan gambar saya hanya kongsikan yang mana ada sahaja. Banyak pengalaman yang dapat saya dapat daripada menyertai PLKN seperti berdikari, cara penggunaan kompas, membaca peta, penggunaan senjata, cara mempertahankan diri dan macam-macam lagi. PLKN 2.0 yang baru diperbaharui saya rasa lebih menarik dari segi aktivitui-aktivitinya akan tetapi untuk mengelakkan sesuatu yang buruk berlaku seperti melakukan hubungan secara tidak sah, sebagai peserta PLKN amat perlu untuk menjaga pergaulan antara lelaki dan perempuan. Itu sahaja perkongsian saya pada hari ini.

Masih adakah hamba dalam dunia yang serba moden?

Image
 Setelah melihat beberapa kajian yang telah dibuat, menunjukkan perhambaan masih lagi tetapi agak berbeza sedikit daripada yang sebelum ini. Perhambaan pada hari ini digelar "modern slavery" atau perhambaan secara moden. Perhambaan ini berbentuk pemerdagaan manusia, kerja buruh paksa, pemaksaan anak-anak kecil bekerja, hamba seks, pemaksaan budak bawah umur untuk menyertai askar dan ada beberapa lagi. Senarai negara-negara yang mencatatkan purata yang paling tinggi dalam aktiviti perhambaan moden:- 1)  Korea Utara ( 4.373%) -Anggaran manusia yang menjadi perhambaan moden seramai 1,100,100 daripada populasi penduduk 25,155,000 2) Uzbekistan ( 3.973%) -Anggaran manusia yang menjadi perhambaan moden seramai 1.236.600 daripada penduduk 31,125,000 3) Kemboja ( 1.648%) -Anggaran manusia yang menjadi perhambaan moden seramai 256,800 daripada penduduk 15,578.000 4) India ( 1.4%) -Daripada populasi manusia seramai 1.311,051,000 di India, seramai 18,354,700 yang men
Selepas pengumuman Donald Trump mengharamkan kemasukan daripada penduduk di 7 buah negara Islam iaitu negara Iraq, Yaman, Iran, Syria, Sudan, Somalia, dan Libya. ( http://www.npr.org/sections/thetwo-way/2017/01/30/512438879/7-targeted-countries-react-to-trumps-ban-on-immigration )        Video ini telah mendapat sambutan yang menggalakkan daripada orang ramai. Tidak sampai seminggu video ini disiarkan sebanyak 15 juta kali tontonan daripada netizen (warga laman sosial) di facebook. Video ini menceritakan tentang sesebuah negara tidak hanya mengandungi satu golongan sahaja tetapi mempunyai pelbagai jenis latar belakang, ada yang baik dan buruknya.
Image
Baru-baru ini memang amat mengejutkan seorang budak perempuan daripada Aleppo menulis yang hanya berumur 7 tahun dapat menulis surat yang sangat hebat. Surat ini ditujukan kepada Donald Trump (Presiden Amerika Syarikat). Surat ini terkandung luahan hatinya agar Donald Trump selaku Presiden Amerika Syarikat yang terbaru dapat membuka mata agar dapat melakukan sesuatu yang berlaku di Syria ketika ini. Boleh merujuk laman web ini  https://www.theguardian.com/world/2017/jan/25/bana-al-abed-7-begs-donald-trump-to-help-children-of-syria         Nama Bana Alabed telah terkenal dari tahun lepas lagi kerana nukilan yang di luah kan di laman twitternya ( https://twitter.com/AlabedBana ) Antaranya:- Pada umur 7 tahun, Bana Alabed telah mengalami berbagai-bagai penderitaan seperti kehilangan teman baik, guru, sekolah, serta banyak lagi. Di manakah keadilan di dalam dunia ini? Jika pembaca adalah umat Islam apa yang perlu anda jawab di Hari Pengadilan nanti tentang sumbangan a

30/1/17 di masjid Quebec city

Image
Daripada berita "bbc news" menceritakan tentang serangan yang dilakukan ke atas masjid di bandar Quebec city. Anda boleh membacanya di laman web ini  http://www.utusan.com.my/berita/luar-negara/enam-mati-ditembak-ketika-solat-isyak-1.438526 Hal ini menunjukkan orang islam bukan sahaja ditindas atau dibunuh di negara Islam itu sendiri seperti yang sedang berlaku di Palestin dan Syria ketika ini dan juga sejarah telah menunjukkan berlaku pembunuhan ke atas umat Islam di Bosnia dan Rohingya walhal negara itu asalnya adalah negara Islam. Persoalannya, adakah umat Islam terlampau kejam sehingga diperlakukan sedemikian rupa?
Image
Hari ini saya ingin kongsikan pengalaman pada 7 Feb 2015 iaitu Program Kemasyarakatan Pra U Shams (Sheikh Abdul Malik) di Terengganu. Pada mulanya memang terdapat banyak pendapat agar dilakukan di tempat-tempat yang berbeza, oleh kerana ingin menghormati cadangan daripada seorang ustaz yang bernama Ustaz Saufi lalu bersetuju melakukan program ini di Bukit Kandis. Ini adalah beberapa gambar dalam program itu yang tidak perlu saya ulaskan, kerana biarlah gambar berbicara. Walaupun program ini hanyalah dilangsung satu hari sahaja tetapi ianya merupakan pengalaman yang amat berharga kerana aktiviti ini dapat mendekatkan diri dengan Allah. Oleh kerana aktiviti ini dilakukan di kubur kerana jika seseorang itu menziarahi kubur akan terbayang perisstiwa-peristiwa yang akan berlaku di alam barzakh nanti. Jika suatu hari saya mengalami masalah otak yang dapat memadamkan banyak peristiwa sehingga lupa akan kawan-kawan disekeliling, harapnya tulisan saya ini dapat mengembalik
Image
G ambar ini seakan seorang manusia gergasi yang meniup manusia-manusia kedil sehingga jatuh. Walhal, ianya hanya helah dari kedudukan gambar yang diambil, kedudukan si lelaki yang berkaca mata berada agak jauh dengan orang-orang yang bermain ski.         Jadi dalam apa-apa situasi pun seorang itu mestilah memandang sesuatu dengan cara yang berbeza seperti kebanyakkan orang menyebut sebagai berfikir di lur kotak. Ada orang bertanya perlukah berfikir di luar kotak sedangkan cukuplah menghafal ilmu-ilmu yang ada di depan mata? Bagi saya ianya memang sangat perlu, saya membawa contoh dalam permainan bola. Jika sesorang pemain pertahanan hanya menghafal semua pergerakan membawa bola, pemain itu tidak akan maju. Sebabnya adalah jika pihak lawan sudah menghafal pergerakan pemain itu, ianya sudah tidak apa lagi. Akan tetapi jika pemain itu menggunakan teknik yang dia hafal lalu digunakan dengan cara agak berbeza memang itu pergerakan yang sukar untuk dibaca.          Memang susah juga