Posts

Showing posts from July 23, 2017

Saham penny atau kaunter yang digelar "Cap Ayam"

Image
Istilah penny ini melalui bahasa pasaran saham ialah saham-saham yang harganya di bawah 20 sen. Dalam papan Bursa Malaysia terdapat banyak saham syarikat tersenarai yang harganya berada di dalam lingkungan ini. Contoh terbaik ialah pada saham-saham yang banyak terdapat di dalam pasaran ACE ( boleh rujuk sumber ini untuk mengetahui tentang pasaran ACE  https://drwannazri.wordpress.com/2010/03/19/ace-market/  ) Pasaran ACE ini lebih mudah untuk difahamkan adalah syarikat-syarikat yang baru dan ianya berkembang dengan modal-modal yang dikeluarkan oleh pelabur-pelabur. Pelaburan di dalam pasaran ACE boleh mendorong pelabur ke arah risiko yang besar kerana ada sesetengah syarikat di dalam pasaran ACE telah dinyahkan daripada tersenarai di dalam Bursa Malaysia atas sebab-sebab tertentu . Ramai juga kalangan pelabur dan pedagang runcit yang menjauhkan diri daripada membeli saham-saham cap ayam ini tetapi masih terdapat juga yang menggemari kaun­ter-kaunter ini kerana dengan sedikit ken