Posts

Showing posts from January 28, 2018

Kesabaran mereka cukup mengkagumkan

Image
Hari bersilih ganti dari ahad ke sabtu hanya yang dilalui kenikmatan dan kesusahan tetapu apa pula nasib kepada saudara-saudara seislam di luar sana seperti Syria, Palestin, Rohingya, Iraq, dan banyak lagi. Ternyata nasib mereka sangat memerlukan perhatian dari pelbagai pihak tetapi yakinlah Allah itu sangat adil, Allah tidak akan membiarkan nasib mereka berterusan malang dan buruk. Sebagai seorang manusia saya cukup simpati akan nasib mereka kerana untuk mendapatkan sesuap makanan sangat ajaib atau kenikmatan yang tidak dapat diungkapkan. Apakah yang mampu kita bantu? Adakah dengan mengangkat senjata atau mernderma? Jika mahu mengangkat senjata di sana adakah kita akan menyusahkan mereka sahaja ataupun sebaliknya? Mereka ini masih lagi bertahan di tempat mereka, ada yang menjadi tahanan, ada yang menjadi pelarian, tetapi mereka tidak membunuh diri walhal kesusahan yang mereka sangat perit hanya Allah sahaja yang mengetahui akan keperitan mereka. Diakhir kalam mari berdoa agar

Kata-kata mutiara

Image
Janganlah tinggal di tempat yang di dalamnya terdapat kezaliman Kerana perkara itu dapat mengotori hati Kecuali jika anda dapat terhindar darinya Berjalanlah ke barat kerana di sana adanya manfaat Berjalanlah ke timur kerana di sana terdapat manfaat Larangan untuk menjebakkan diri ke tempat yang adanya kezaliman, kezaliman yang dikatakan ini yang dilakukan oleh majoriti masyarakat di suatu tempat itu. Ianya akan mengotori hati apabila seseorang akan mudah terjebak dengan kezaliman yang dilakukan oleh orang ramai itu kerana ada pepatah yang mengatakan jika berkawan dengan orang memakai minyak akan berbau minyak wangi jika berkawan dengan orang membuat pedang akan berbau arang yang dibawa oleh pembuat pedang itu. Dan sebaliknya jika seseorang itu dapat menjaganya. Apa yang ingin dikatakan di sini adalah merantaulah di timur, barat, utara mahupun selatan kerana pasti adanya manfaat ataupun kebaikan yang akan diperolehi oleh seseorang itu. Buktinya kebanyaka