Posts

Showing posts from March 19, 2017

Tokoh Syeikh Ramadhan Al Buthi

Image
Penulis akan menceritakan serba sedikit kisah mengenai Syeikh Ramadhan Al Buthi ini. Beliau dikenali sebagai Muhammad Sa’id Ramadhan Al Buthi merupakan tokoh ulama’ masyhur di negara Syria. Beliau dilahirkan pada tahun 1929 di Desa Jilka, Pulau Buthan (Ibnu Umar) yang terletak di antara Turki dan Iraq dan beliau berasal dari suku kaum Kurdi.    Beliau merupakan seorang ahli falsafah yang cukup dikagumi dan ia diwarisi daripada sifat ayahandanya Syeikh Al-Buthi yang giat memberikan pendidikan kepada masyarakat Islam se jak usia mudanya sehingga hujung hayatnya. Syeikh Ramadhan Al-Buthi meberuskan pengajian beliau di peringkat tertinggi di Universiti Al-Azhar, Mesir dan Berjaya di dalam Pendidikan Sarjana S1 di dalam bidang Syari’ah. Beliau menyambung pengajiannya di universiti yang sama di dalam Bahasa Arab dan berjaya menghabiskan pengajiannya di dalam masa yang singkat.    Setelah menyelesaikan pengajian di peringkat sarjana, beliau ditugaskan untuk menjadi tenaga pengaj