Posts

Showing posts from January 22, 2017

Apa itu ALS?

Image
Ini merupakan Stephen Hawking yang terkenal dengan teorinya di dalam bidang kosmologi dan di sebelah kanan beliau Eddie Redmayne yang merupakan pelakon utam dalam filem berjudul Theory of Everything. Filem ini berkisahkan tentang kisah hidup Stephen Hawking. Hari ini saya bukan nak berkongsi tentang filem tadi tetapi saya nak kongsi tentang penyakit yang beliau hadapi iaitu digelar Amyotrophic Lateral Sclerosis. Penyakit ini adalah berkenaan dengan saraf yang boleh membawa maut. Petanda bagi penyakit ini:- Otot pada tubuh badan menjadi lemah Tidak boleh menggerakkan anggota badan  Mempunyai masalah pernafasan yang agak teruk Berkemungkinan boleh mendapat scoliosis (Tulang belakang menjadi senget) Penyebab bagi penyakit ini:- Genetik Faktor persekitaran (virus yang berada disekeliling) Secara kebiasaannya bagi yang mendapat penyakit ini, ianya menyerang otok individu itu dan secara tidak langsung tubuh badanya menjadi lumpuh dan mendapat kesukaran untuk bernafas.

Top 10 tallest completed building 2016

Image
1) Burj Khalifa Terletak di bandar Dubai (United Arab Emirates). Bangunan ini telah siap dibina pada tahun 2010.  Ketinggian bangunan Burj Khalifa ini mencapai 828 meter bersamaan 2717 kaki dan mempunyai 163 tingkat.  Boleh rujuk  http://www.skyscrapercenter.com/building/burj-khalifa/3 2)Shanghai Tower Terletak di Shanghai (China). Bangunan ini mula dibina pada tahun 2015. Ketinggian bangunan mencapai 2,073 kaki bersamaan 632 meter dan mempunyai 128 tingkat Boleh rujuk  http://www.skyscrapercenter.com/building/shanghai-tower/56 3) Makkah Royal Clock Tower Dibina di Mekkah al Mukarramah (Saudi Arabia) iaitu pada tahun 2012. Ketinggiannya mencapai 1,972 kaki bersamaan 601 meter dan mempunyai 120 tingkat Boleh rujuk  http://www.skyscrapercenter.com/building/makkah-royal-clock-tower/84 4) One World Trade Center Terletak di New York City ( Amerika Syarikat) dan siap dibina pada tahun 2014. Ketinggian bangunan ini mencapai 1,776 kaki b

Nasihat berguna

Video ini adalah jaringan goalkeeper pada minit-minit akhir perlawanan bola sepak. Pengajaran yang boleh diambil ialah manfaat masa walaupun pada saat-saat akhir. Ustazah Siti Mariam binti Kamaruddin pernah menasihati ku "Dalam perlawanan bola sepak pada masa kecederaan pun pemain boleh menjaringkan gol, begitu jugak dengan menjawab ujian, jika tidak mendapat ilham pada waktu ujian jagan terus hantar kertas itu, manalah tahu ilham itu hadir pada last (akhir) minit ujian"      Memang ketika itu tersentaplah jugak disebabkan kerana setiap ujian yang saya ambil  saya menghantar di awal waktu. Alhamdulillah, nasihat ini memang amat berguna

Kenangan Teater Arab 2016

Image
Kenangan pada 23 oktober 2016 di University Collegue Bestari, ini adalah kumpulan teater Arab yang diberi nama kumpulan sebagai الشمس و القمر ( matahari dan bulan ). Diberi nama sedemikian kerana kami berharap teater yang kami lakukan dapat menyinari hati pelajar-pelajar yang menonton teater kami tidak kira waktu pagi (matahari) mahupun pada malam (bulan) hari.           Tema bagi teater ini adalah menghargai masa. Teater ini mengisahkan tentang cerita seorang pelajar (Aiman) yang tidak menepati masa untuk ke kelas. Pada hari kelas, dia sempat lagi untuk bersarapan di warung Pok Anwar. Kawan-kawan dia iaitu Azim, Anwar dan Muiz sentiasa menasihatinya akan tetapi tidak diendahkan. Kawan perempuan dia iaitu Azizah dan Aina sentiasa menepati masa untuk ke kelas.           Ustaz Burhan adalah seorang yang guru yang tegas. Beliau juga sering mengambil berat akan pelajar-pelajarnya. Pada babak akhir, Aiman bersedih dengan keputusan ujian yang diperoleh berbanding kawan-kawannya yang m

Teater Leftenan Adnan 2014

Image
Ini adalah watak utama dalam teater Leftenan Adnan yang pernah saya lakonkan pada tahun 2014 semasa saya pernah Program Latihan Khidmat Negara (PLKN). Watak utamanya adalah Aiman sebagai Leftenan Adnan, Amalina sebagai Isteri Leftenan Adnan, saya dan Mujahidah sebagai anak Leftenan. Teater ini dilakonkan bagi mengenang jasa Leftenan Adnan yang memperjuangkan kemerdekaan di Tanah Melayu. Semangat beliau menjadi inspirasi kepada golongan muda untuk mempertahankan kemerdekaan.          Teater ini dilakonkan dengan mengambil beberapa situasi dari kisah beliau, Secara keseluruhan teater, kami mengambil babak dalam filem Leftenan Adnan yang mula disiarkan pada tahun 2000. Pada permulaan teater, kami mengambil babak leftenan Adnan mengahwini Sophia Pakih Muda, seterusnya leftenan Adnan menyambung tugas beliau untuk mempertahan negara daripada serangan tentera Jepun. Selepas itu, bermulalah babak tembak menembak antara Kompeni Rejimen Pertama Askar Melayu dan tentera Jepun di Bukit Ta

Langkah menyelasaikan Masalah

Image
Sebagaimana yang diketahui oleh peminat anime, ini adalah watak bagi cerita detective conan iaitu Shinichi Kudo. Dalam penjelasan yang beliau lakukan memang amat mengkagumkan. Hari ini saya ingin kongsikan ilmu yang dia lakukan dalam penyiasatannya. Cara dia mahu menyelesaikan mempunyai langkah yang tersendiri iaitu:- 1)Membuat hipotesis- melakukan penelitian awal tentang apa-apa masalah yang berlaku 2)Mengumpul maklumat- mencari dan mengumpul maklumat-maklumat yang perlu 3)Membuat penelitian maklumat yang sedia ada jika terdapat kekurangan perbaikinya 4)Menyusun maklumat- mengatur maklumat yang sedia ada 5)Membuat rumusan- merumuskan segala maklumat yang telah diperbaki dan disusun 6)Menyelesaikan masalah- melakukan persembahan yang telah dirumuskan bagi menyelesaikan masalah      I ni merupakan teori yang dapat saya ambil daripada anime detective conan, teori ini hanyalah pendapat saya. Bukannya datang daripada tokoh-tokoh yang terkenal, tetapi ianya pasti berguna ba