Tokoh Syeikh Ramadhan Al Buthi


Penulis akan menceritakan serba sedikit kisah mengenai Syeikh Ramadhan Al Buthi ini.
Beliau dikenali sebagai Muhammad Sa’id Ramadhan Al Buthi merupakan tokoh ulama’ masyhur di negara Syria. Beliau dilahirkan pada tahun 1929 di Desa Jilka, Pulau Buthan (Ibnu Umar) yang terletak di antara Turki dan Iraq dan beliau berasal dari suku kaum Kurdi.

   Beliau merupakan seorang ahli falsafah yang cukup dikagumi dan ia diwarisi daripada sifat ayahandanya Syeikh Al-Buthi yang giat memberikan pendidikan kepada masyarakat Islam sejak usia mudanya sehingga hujung hayatnya. Syeikh Ramadhan Al-Buthi meberuskan pengajian beliau di peringkat tertinggi di Universiti Al-Azhar, Mesir dan Berjaya di dalam Pendidikan Sarjana S1 di dalam bidang Syari’ah. Beliau menyambung pengajiannya di universiti yang sama di dalam Bahasa Arab dan berjaya menghabiskan pengajiannya di dalam masa yang singkat.

   Setelah menyelesaikan pengajian di peringkat sarjana, beliau ditugaskan untuk menjadi tenaga pengajar di Fakulti Syari’ah di Damsyik pada tahun 1960, seterusnya menjadi dekan di fakulti tersebut. Penguasaan ilmu beliau juga telah menjadikan beliau seorang pemimpin kepada sebuah lembaga penelitian teologi dan agama-agama dalam gabungan universiti-universiti di Timur Tengah. Tidak lama kemudian beliau diberikan peluang untuk melanjutkan pengajiannya bagi tahap kedoktoran (falsafah) di dalam bidang Usul Syari’ah di Universiti Al-Azhar, Mesir.

   Kemahiran beliau di dalam ilmu mazhab, pentafsiran istilah dan pengusaan di dalam memahami Al-Quran melahirkan kekaguman bagi masyarakat Islam di Syria dan semestinya beliau adalah seorang hafiz Al-Quran. Beliau juga banyak memenuhi masa beliau dengan konferens-konferens yang berlangsung di Negara-negara Timur Tengah, Amerika Syarikat dan juga di Eropah. Antara kitab-kitab yang ditulis oleh beliau adalah seperti Barnamij Dirasah Qur‘aniyyah, Syakhshiyyat Istawqafatni, Syarh wa Tahlil Al Hikam Al ‘Atha‘iyah, Kubra Al Yaqiniyyat Al Kauniyyah dan banyak lagi.

   Perjuangan di dalam menyebarkan agama Islam diteruskan dengan Istiqamah oleh beliau sehingga akhir hayatnya. Semasa akhir hayatnya, beliau sedang menyampaikan ilmunya di dalam satu majlis ilmu di Masjid Al Iman, Mazra’a, Damsyik. Semasa kuliah berlangsung, seorang pengebom berani mati telah meletupkan dirinya dan menyebabkan beliau dan 42 pelajarnya terkorban. Namun, perjuangannya menyebarkan agama Islam dan menentang rejim Assad masih diteruskan oleh masyarakat Syria yang menentang Rejim Assad.

Sumber: Fimadani

Comments

Popular posts from this blog

Sejarah perkataan 'Keling' di Malaysia

6 Topi pemikiran

Pengalaman PLKN Batu Jong Siri 1 2014