Apabila tidak dapat apa yang kita inginkan, perasaan kecewa mungkin menyelubungi seseorang tetapi apabila memikirkan insan (manusia) yang lain perasaan kecewa yang dialami tadi kian menghilang. Oleh kerana, kita mengetahui akan ada orang yang belum merasai kesenangan yang telah kita merasai seperti adanya ibu dan ayah di sisi ataupun kita masih lagi hidup walaupun gaji yang kita dapat hanya cukup-cukup makan sahaja.


Walaupun rumah yang kita didiami tidaklah sebesar rumah di sekeliling perumahan tetapi bersyukurlah kerana masih ada ramai insan yang bernasib malang yang tidak mempunyai rumah setelah terpaksa meninggalkan negara mereka. Mereka terpaksa melakukan sedemikian bagi mengelakkan dari terbunuh daripada kekejaman yang dilakukan oleh individu-individu yang tidak bertanggungjawab.

Apabila remaja lelaki mengimpikan untuk mendapatkan dakapan daripada seorang isteri, si budak kecil ini mengimpikan untuk mendapatkan dakapan seorang ibu yang telah terbunuh oleh orang yang zalim (kejam). Anak kecil terpaksa hidup di dalam keseorangan sedangkan mereka masih lagi kecil yang amat memerlukan kasih sayang dari kedua-dua orang tuanya.

Gambaran yang saya ambil daripada netizen-netizen di luar sana bukannya mahu memperkecil golongan sebegini tetapi harapan saya, mereka ini dapat menaikkan semangat pembaca dan penulis agar memperjuangkan hak-hak orang yang ditindas ini. Sekian...



Comments

Popular posts from this blog

6 Topi pemikiran

Sejarah perkataan 'Keling' di Malaysia

Masih adakah hamba dalam dunia yang serba moden?