Tayar ilmu yang penting
Sekadar Gambar Hiasan
Hari ini saya ingin berkongsi ilmu tentang tayar kerana tayar menjadi salah satu komponen yang amat berharga pada sesebuah kereta. Kebiasaannya pemandu menyediakan tayar pengganti sebagai "spare" bagi menggantikan tayar yang telah pancit, dan tayar pancit merupakan masalah yang besar bagi pemandu jika pemanduan mereka berada di Lebuh raya atau pendalaman. Hal ini kerana, mereka sukar untuk mendapatkan bantuan daripada mana-mana individu yang mempunyai kepakaran mengenainya. Ada juga dikalangan pemandu yang menggunakan tayar donut (yang lebih kecil sedikit dari tayar biasa) untuk menggantikan tayar yang telah pancit. Ini adalah sedikit tip untuk itu:-
1] PANDU PERLAHAN
Apabila menggunakan tayar ganti, perlu mengekalkan kelajuan yang rendah. Tayar donat bukan dibuat untuk memandu laju seperti tayar konvensional. Disebabkan saiz yang lebih kompak, dinasihatkan tidak memandu melebihi kelajuan 80 kilometer sejam. Untuk langkah keselamatan pandulah di laluan paling kiri apabila menggunakan tayar donat.
2] BERAPA LAMA ANDA BOLEH MENGGUNAKAN TAYAR DONAT
Seharusnya anda menggunakan tayar donat hanya ketika kecemasan. Jika anda menggunakannya terlalu lama tanpa menukarkan kepada tayar asal secepat mungkin akan menyumbang kepada kebarangkalian ia pancit. Sekurangkurangnya tayar itu digunakan sejauh 80km. Bagaimanapun, periksa dahulu dengan pengeluar kenderaan anda mengenai perbatuan yang disarankanboleh jadi kurang dan lebih.
3] PEMBREKAN, PENGENDALIAN DAN PEMBELOKAN TERJEJAS
Tayar donat menjejaskan karakteristik pembrekan, pengendalian dan pembelokan sesebuah kenderaan.
Disebabkan saiz yang lebih kecil berbanding tayar tradisional, kualiti membrek dan mengawal kereta akan menurun. Kereta juga cenderung senget apabila menggunakan tayar donat dan situasi memerlukan anda segera menggantikan tayar pancit.
4] PERIKSA TEKANAN ANGIN TAYAR DONAT
Periksa buku manual untuk mengetahui tekanan tayar yang betul bagi tayar ganti anda. Dalam kebanyakan kes, tekanan angin tayar donat ialah 60 paun inci persegi (PSI). Kita tidak akan tahu bilakah tayar akan menjadi pancit. Maka perlulah selalu memeriksa, tekanan angin tayar donat anda. Supaya ia boleh berkhidmat apabila diperlukan.
5] SISTEM KESELAMATAN TIDAK BEROPERASI CEKAP
Seperkara lagi yang perlu diingatkan apabila memandu dengan tayar donat ialah ciri kawalan stabiliti elektronik (ESC) dan sistem kawalan traksi (TRS) tidak dapat beroperasi dengan cekap. Maka, pandulah dengan perlahan dan tidak perlu terburu-buru. Keselamatan adalah lebih utama.
Berikut pula adalah kod yang perlu pemandu tahu
Comments