Malaysia-Arab

Info: Susur galur hubungan Malaysia-Arab Saudi: 
Tahun 1400 hingga 1511 - Aktiviti perdagangan pada zaman Kesultanan Melayu Melaka 

Tahun 1511 - Hubungan terganggu kerana penjajahan Portugis. Tahun 1600 - Pedagang Arab kehilangan monopoli di gugusan Kepulauan Melayu kerana penjajahan Inggeris dan Belanda. 

Tahun 1900 - Penjajah British menghapuskan duti kastam, sekali gus membawa kembali kemasukan pedagang Arab dan China. 

Tahun 1970 - Pemimpin Malaysia melaksanakan pelbagai usaha bagi menjalin hubungan dengan Arab Saudi. 

Tahun 1975 - Perdana Menteri Kedua, Allahyarham Tun Abdul Razak Hussein mengadakan kunjungan ke Arab Saudi. 

Tahun 1976 - Perdana Menteri Ketiga, Allahyarham Tun Hussein Onn mengunjungi Arab Saudi. 

Tahun 1976 - Kerajaan Arab Saudi menyalurkan bantuan kewangan dalam Rancangan Malaysia Ketiga (1976-1980). 

Tahun 1983 - Arab Saudi menyalurkan dana kepada penubuhan Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (PERKIM) dan pembangunan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM). 

Tahun 1976 hingga 1983 - Malaysia terus terima bantuan kewangan (dalam bentuk pinjaman) dari Kerajaan Arab Saudi berjumlah 83.8 juta riyal (RM99.6 juta - kadar tukaran semasa). 

Tahun 1985 - Radio Arab Saudi, 'Nidah ul-Islam' mengendalikan program dalam Bahasa Melayu secara siaran langsung dari Makkah. 

Tahun 1981 hingga 2003 - Hubungan dua hala Malaysia-Arab Saudi memasuki fasa baharu merangkumi pengukuhan perdagangan, selain terima bantuan kewangan RM142.8 juta untuk membina lima hospital di Kedah, Terengganu dan Kelantan. Projek lain merangkumi pembangunan Pelabuhan di Pulau Pinang serta Lebuh raya Timur-Barat. Tahun 1985 - Malaysia memberi kelulusan operasi kepada Syarikat Perkapalan Kebangsaan Arab Saudi (NSCSA) untuk mengurangkan defisit perdagangan. Tahun 1990 - Perdagangan dua hala Malaysia - Arab Saudi bernilai AS$260 juta (RM1.159 bilion - kadar tukaran semasa) Tahun 2012 - Lonjakan perdagangan dua hala Malaysia-Arab Saudi menjangkau AS$3.66 bilion (RM16.3 bilion - kadar tukaran semasa). Tahun 2015 - Arab Saudi rakan dagang terbesar Malaysia di Asia Barat, membabitkan nilai dagangan dua hala RM10.95 bilion dengan import mencecah RM7.53 bilion manakala eksport RM3.42 billion. 

Info: Raja Salman Abdulaziz Al-Saud 

Dilahirkan pada 31 Disember 1935 

Dibesarkan di Istana Murabba. 

Mendapat pendidikan awal di Sekolah Putera di Riyadh. Mendalami ilmu agama dan sains moden. 

Mempunyai 13 cahaya mata daripada tiga perkahwinan. 

Pada usia 19 tahun, beliau menyandang jawatan Timbalan Gabenor Riyadh dari tahun 1954 hingga tahun 1955. 

Memegang jawatan Gabenor Riyadh untuk tempoh 48 tahun, iaitu dari tahun 1963 hingga tahun 2011. 

Menyandang jawatan Timbalan Perdana Menteri II dan Menteri Pertahanan pada 5 November 2011. 

Ditabal menjadi Putera Mahkota Arab Saudi pada 18 Jun 2012. 

Pada 27 Ogos 2012, Mahkamah Raja-Raja mengumumkan beliau akan mengambil alih hal ehwal negeri sementara Raja Abdullah mempunyai tugasan di luar negara. 

Pada September 2012, beliau dinamakan sebagai Timbalan Pengerusi Majlis Khidmat Ketenteraan. 

Pada usia 70 tahun, beliau ditabal sebagai Raja Arab Saudi pada 23 Januari 2015 susulan kemangkatan Raja Abdullah kerana menghidap radang paru-paru.

Sumber

Comments

Popular posts from this blog

Sejarah perkataan 'Keling' di Malaysia

6 Topi pemikiran

Pengalaman PLKN Batu Jong Siri 1 2014