Kesabaran mereka cukup mengkagumkan


Hari bersilih ganti dari ahad ke sabtu hanya yang dilalui kenikmatan dan kesusahan tetapu apa pula nasib kepada saudara-saudara seislam di luar sana seperti Syria, Palestin, Rohingya, Iraq, dan banyak lagi. Ternyata nasib mereka sangat memerlukan perhatian dari pelbagai pihak tetapi yakinlah Allah itu sangat adil, Allah tidak akan membiarkan nasib mereka berterusan malang dan buruk.

Sebagai seorang manusia saya cukup simpati akan nasib mereka kerana untuk mendapatkan sesuap makanan sangat ajaib atau kenikmatan yang tidak dapat diungkapkan. Apakah yang mampu kita bantu? Adakah dengan mengangkat senjata atau mernderma? Jika mahu mengangkat senjata di sana adakah kita akan menyusahkan mereka sahaja ataupun sebaliknya?

Mereka ini masih lagi bertahan di tempat mereka, ada yang menjadi tahanan, ada yang menjadi pelarian, tetapi mereka tidak membunuh diri walhal kesusahan yang mereka sangat perit hanya Allah sahaja yang mengetahui akan keperitan mereka. Diakhir kalam mari berdoa agar mereka ini dipermudahkan segala urusan hidup mereka serta diberi keberkatan dalam kehidupan serta rezeki mereka..Amin...

Comments

Popular posts from this blog

6 Topi pemikiran

Sejarah perkataan 'Keling' di Malaysia

Masih adakah hamba dalam dunia yang serba moden?