Kata-kata mutiara
Janganlah tinggal di tempat
yang di dalamnya terdapat kezaliman
Kerana perkara itu dapat mengotori hati
Kecuali jika anda dapat terhindar darinya
Berjalanlah ke barat
kerana di sana adanya manfaat
Berjalanlah ke timur
kerana di sana terdapat manfaat
Larangan untuk menjebakkan diri ke tempat yang adanya kezaliman, kezaliman yang dikatakan ini yang dilakukan oleh majoriti masyarakat di suatu tempat itu. Ianya akan mengotori hati apabila seseorang akan mudah terjebak dengan kezaliman yang dilakukan oleh orang ramai itu kerana ada pepatah yang mengatakan jika berkawan dengan orang memakai minyak akan berbau minyak wangi jika berkawan dengan orang membuat pedang akan berbau arang yang dibawa oleh pembuat pedang itu. Dan sebaliknya jika seseorang itu dapat menjaganya.
Apa yang ingin dikatakan di sini adalah merantaulah di timur, barat, utara mahupun selatan kerana pasti adanya manfaat ataupun kebaikan yang akan diperolehi oleh seseorang itu. Buktinya kebanyakan orang yang merantau mempunyai pendapatan yang agak jauh tinggi pendapatan dan pengetahuan berbanding orang yang hanya menetap di suatu tempat sahaja dari lahir sehingga ke liang lahad. Boleh dilihat kepada tokoh-tokoh terkenal yang mengembara untuk menimba ilmu seperti Imam Syafie, Imam Hanbali, Ibnu Sina, Ibnu Nafiz dan ramai lagi tokoh-tokoh ulama serta ilmuwan yang memang agak terkenal.
Gambar: Abang afifi & Akram
Comments