Kenangan Teater Arab 2016


Kenangan pada 23 oktober 2016 di University Collegue Bestari, ini adalah kumpulan teater Arab yang diberi nama kumpulan sebagai الشمس و القمر (matahari dan bulan). Diberi nama sedemikian kerana kami berharap teater yang kami lakukan dapat menyinari hati pelajar-pelajar yang menonton teater kami tidak kira waktu pagi (matahari) mahupun pada malam (bulan) hari.

          Tema bagi teater ini adalah menghargai masa. Teater ini mengisahkan tentang cerita seorang pelajar (Aiman) yang tidak menepati masa untuk ke kelas. Pada hari kelas, dia sempat lagi untuk bersarapan di warung Pok Anwar. Kawan-kawan dia iaitu Azim, Anwar dan Muiz sentiasa menasihatinya akan tetapi tidak diendahkan. Kawan perempuan dia iaitu Azizah dan Aina sentiasa menepati masa untuk ke kelas.

          Ustaz Burhan adalah seorang yang guru yang tegas. Beliau juga sering mengambil berat akan pelajar-pelajarnya. Pada babak akhir, Aiman bersedih dengan keputusan ujian yang diperoleh berbanding kawan-kawannya yang mendapat ممتاز ( cemerlang).

          Kesimpulannya, menghargai masa bukan sahaja perlu diamati oleh pelajar sahaja malahan kepada semua orang. Masa yang telah berlalu tidak mungkin akan kembali, jadi manfaatkannya betul-betul.


Comments

Popular posts from this blog

6 Topi pemikiran

Sejarah perkataan 'Keling' di Malaysia

Masih adakah hamba dalam dunia yang serba moden?