Apa itu ALS?


Ini merupakan Stephen Hawking yang terkenal dengan teorinya di dalam bidang kosmologi dan di sebelah kanan beliau Eddie Redmayne yang merupakan pelakon utam dalam filem berjudul Theory of Everything. Filem ini berkisahkan tentang kisah hidup Stephen Hawking. Hari ini saya bukan nak berkongsi tentang filem tadi tetapi saya nak kongsi tentang penyakit yang beliau hadapi iaitu digelar Amyotrophic Lateral Sclerosis. Penyakit ini adalah berkenaan dengan saraf yang boleh membawa maut.

Petanda bagi penyakit ini:-

  • Otot pada tubuh badan menjadi lemah
  • Tidak boleh menggerakkan anggota badan 
  • Mempunyai masalah pernafasan yang agak teruk
  • Berkemungkinan boleh mendapat scoliosis (Tulang belakang menjadi senget)

Penyebab bagi penyakit ini:-

  1. Genetik
  2. Faktor persekitaran (virus yang berada disekeliling)

Secara kebiasaannya bagi yang mendapat penyakit ini, ianya menyerang otok individu itu

dan secara tidak langsung tubuh badanya menjadi lumpuh dan mendapat kesukaran untuk bernafas.


Comments

Popular posts from this blog

Sejarah perkataan 'Keling' di Malaysia

6 Topi pemikiran

Pengalaman PLKN Batu Jong Siri 1 2014