Teater Leftenan Adnan 2014


Ini adalah watak utama dalam teater Leftenan Adnan yang pernah saya lakonkan pada tahun 2014 semasa saya pernah Program Latihan Khidmat Negara (PLKN). Watak utamanya adalah Aiman sebagai Leftenan Adnan, Amalina sebagai Isteri Leftenan Adnan, saya dan Mujahidah sebagai anak Leftenan. Teater ini dilakonkan bagi mengenang jasa Leftenan Adnan yang memperjuangkan kemerdekaan di Tanah Melayu. Semangat beliau menjadi inspirasi kepada golongan muda untuk mempertahankan kemerdekaan. 

        Teater ini dilakonkan dengan mengambil beberapa situasi dari kisah beliau, Secara keseluruhan teater, kami mengambil babak dalam filem Leftenan Adnan yang mula disiarkan pada tahun 2000. Pada permulaan teater, kami mengambil babak leftenan Adnan mengahwini Sophia Pakih Muda, seterusnya leftenan Adnan menyambung tugas beliau untuk mempertahan negara daripada serangan tentera Jepun. Selepas itu, bermulalah babak tembak menembak antara Kompeni Rejimen Pertama Askar Melayu dan tentera Jepun di Bukit Tanjung Penjuru (Singapura) dan tentera tempatan terpaksa berundur. Babak tembak menembak yang terakhir berlaku di Bukit Pasir Panjang, ketika itu Leftenan Adnan ditangkap oleh tentera Jepun. Apa yang mengkagumkan adalah Leftenan Adnan sanggup menggadaikan nyawanya untuk melambatkan pergerakan tentera Jepun supaya tentera tempatan dapat berundur.

        Babak terakhir beliau dihukum pancung oleh tentera Jepun. Walapun pemergian Leftenan Adnan telah lama berlalu, semangat beliau masih ada di kalangan orang-orang muda di Malaysia. Kumpulan Alfa dari Plkn Siri 1 2014 berharap teater yang kami telah lakonkan akan dapat menaikkan semula semangat yang diterapkan oleh Leftenan Adnan.

  

Comments

Popular posts from this blog

Sejarah perkataan 'Keling' di Malaysia

6 Topi pemikiran

Pengalaman PLKN Batu Jong Siri 1 2014