Rahsia Filem P Ramlee

Dalam perfileman klasik di Tanah Malaysia, terdapat banyak input-input berguna yang dapat diterapkan atau sebagai pengajaran pada penduduk di Malaysia malahan juga di dunia ini. Hari ini saya ingin berkongsi satu pengajaran yang dipetik dari Almarhum Aziz Satar dari filem Pendekar Bujang Lapok yang mula disiarkan pada tahun 1959. Sebagaimana yang orang ramai tahu, cerita ini adalah filem yang melucukan tapi ianya terkandung nasihat-nasihat yang berguna. Contoh pada babak ini


Menurut Almarhum Aziz Satar, babak ini dilakonkan bagi menyindir orang Melayu dalam membaca Al Quran yang tidak mengambil berat isi kandungan dalam Al Quran. Terdapat 3 golongan:-
  • Tidak tahu membaca (Ramlee) - buta huruf
  • Berlagu dalam pembacaan (Ajis) - tidak mengetahui tajwid
  • Bacaan bertajwid (Sudin) - tidak mengetahui maksudnya
Oleh itu, sebagai umat Islam bukan sahaja di Malaysia tetapi di seluruh dunia perlu menghayati isi kandungan Al Quran kerana ianya banyak manfaat. Jika diimbas kembali sejarah-sejarah kebangkitan Islam banyak terpengaruh dengan Al Quran seperti zaman Rasulullah SAW. Daripada penghayatan Al Quran mula timbul tokoh-tokoh sains yang terkenal seperti Al Kawarizmi (algorithm), al Ghazali (mantik), Ibnu Batuta (pelayaran) dan banyak tokoh yang lain belum disebut.
Alhamdulillah😁😁
Sekian...

Comments

Popular posts from this blog

6 Topi pemikiran

Sejarah perkataan 'Keling' di Malaysia

Masih adakah hamba dalam dunia yang serba moden?