6 Topi pemikiran

6 jenis topi yang berlainan warna mempunyai sifat-sifatnya yang tersendiri, pemikiran diilhamkan daripada Edward de Bono. Pemikiran yang dikemukan oleh Edward de Bono boleh diterapkan di dalam pelbagai masalah atau perbincangan. Lukisan topi itu diambil kerana topi merupakan pakaian yang dipakai di atas kepala, ianya digunakan bagi berteduh dari kepanasan dan juga digunakan untuk bergaya.

Sedikit pencerahan tentang warna-warna topi ini:-

Hijau-

  • Jana idea-idea terlebih dahulu
  • Sebanyak yang mungkin tidak kira idea itu betul ataupun salah
  • Step 1
Kuning
  • Senaraikan faedah atau kebaikan tentang perkara itu
  • Digunakan pada sesuatu perkara yang mempunyai kelemahan
Putih
  • Cari maklumat tentang perkara itu
  • Persoalan: Siapa?Apa?Bagaimana?
  • Digunakan semasa hendak memilih 2 alternatif yang berbeza
Hitam
  • Kegelapan tandanya kelemahan
  • Nyatakan kelemahan yang akan timbul@sedang@telah timbul
  • Setiap pelan mesti ada back up 
  • Untuk lakukan persediaan jika berlaku kecemasan
Merah
  • Mengambil kira faktor emosi dan intuisi semasa berfikir
  • Persoalan: Berani@tidak? Apa perasaan timbul?
  • Digunakan selepas mengambil kira semua perkara
Biru
  • Melambangkan langit yang melihat perkara-perkara di bawahnya
  • Boleh dikatakan sebagai ketua kepada semua topi kerana topi biru mengarahkan anak buahnya untuk gunakan topi bagi warna yang berbeza
  • Ianya sesuai digunakan oleh ketua kumpulan atau ketua bagi perbincangan

Comments

Popular posts from this blog

Sejarah perkataan 'Keling' di Malaysia

Pengalaman PLKN Batu Jong Siri 1 2014