Adakah isu ini akan menjadi isu dunia?

Pada isnin(13 Februari 2017) lalu, dunia dikejutkan kematian dipercayai saudara tiri kepada Kim Jong-un(Pemimpin Tertinggi Korea Utara). Korea utara merupakan antara negara yang menggunakan tenaga nuklear sebagai senjata jika genjatan senjata berlaku, ini membimbangkan bukan sahaja akan memendekkan usia bumi yang sedia ada malah boleh merosakkan kehidupan di atas bumi ini. Berbalik pada cerita asal, mangsa diberi nama Kim Jong Nam yang mati disyaki disembur cecair di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (KLIA) oleh 2 orang wanita (Doan Thi Huong, 29, Siti Aisyah, 25) Suspek
Kedua-dua suspek ini ditahan untuk siasatan kes pembunuhan ini. Persoalannya adakah ada dalang disebalik kejadian semua ini?

Siasatan amat perlu dilakukan dengan amat teliti ada kemungkinan juga kedua-dua suspek wanita itu diugut samada diancam nyawa mereka ataupun ada kemungkinan keluarga atau orang kesayangan mereka ditahan dan diancam bunuh jika tidak melakukan pembunuhan ke atas Kim Jong Nam.

Ini merupakan salasilah keluarga bagi Kim Jong yang membuktikan Kim Jong Nam saudara tiri kepada Kim Jong-un
Adakah selepas ini sistem kawalan di KLIA akan mula dipersoalkan? Akan begitu, Datuk Seri Liow Tiong Lai (Menteri Pengangkutan Malaysia) menegaskan yang KLIA dan KLIA 2 di Sepang berada pada tahap terbaik.

Penahanan dua suspek yang disyaki merupakan dalam pembunuhan ini disahkan oleh Ketua Polis Negara Malaysia (Tan Sri Khalid Abu Bakar) di KLIA2 pada jam 8.20 pagi. Menurut sumber dari penyiasatan mendakwa suspek dijadikan "Kambing hitam" yang mana dianiya. Mereka mendakwa ianya adalah gurauan semata-mata. Mereka mendakwa lagi yang mereka berdua datang untuk bercuti dan tidak merancang untuk melakukan pembunuhan itu.

Rakannya turut mendakwa yang mereka akan mengenakan gurauan ke atas penumpang di lapangan terbang itu. Rakan lelakinya kemudian mengarahkan suspek untuk menyembur ke arah salah seorang penumpang dan menutup wajah mereka dengan sapu tangan yang dibawa. Selepas suspek dan 4 orang teman lelaki pergi ke hotel di Salak Tinggi, berikut adalah peta: 
Lalu menurut mangsa lagi, teman lelaki itu memberitahu untuk keluar namun mereka tidak juga kembali selepas mengambil masa yang lama untuk kembali ke hotel itu. Suspek kemudian kembali KLIA 2 bagi mencari 4 orang rakannya itu akan tetapi suspek (Aishah dan Doan) ditahan.

Itu sahajalah yang hanya saya dapat dalam hasil pembacaan saya


Comments

Popular posts from this blog

6 Topi pemikiran

Sejarah perkataan 'Keling' di Malaysia

Masih adakah hamba dalam dunia yang serba moden?