6 jenis topi yang berlainan warna mempunyai sifat-sifatnya yang tersendiri, pemikiran diilhamkan daripada Edward de Bono. Pemikiran yang dikemukan oleh Edward de Bono boleh diterapkan di dalam pelbagai masalah atau perbincangan. Lukisan topi itu diambil kerana topi merupakan pakaian yang dipakai di atas kepala, ianya digunakan bagi berteduh dari kepanasan dan juga digunakan untuk bergaya. Sedikit pencerahan tentang warna-warna topi ini:- Hijau- Jana idea-idea terlebih dahulu Sebanyak yang mungkin tidak kira idea itu betul ataupun salah Step 1 Kuning Senaraikan faedah atau kebaikan tentang perkara itu Digunakan pada sesuatu perkara yang mempunyai kelemahan Putih Cari maklumat tentang perkara itu Persoalan: Siapa?Apa?Bagaimana? Digunakan semasa hendak memilih 2 alternatif yang berbeza Hitam Kegelapan tandanya kelemahan Nyatakan kelemahan yang akan timbul@sedang@telah timbul Setiap pelan mesti ada back up Untuk lakukan persediaan jika berlaku k...
Muslihat ibu bapa pada zaman dahulu bagi mengawal anak-anak mereka yang nakal dan buas. Mereka akan memberi amaran keras dengan membuat cerita ngeri mengenai “Keling potong kepala”. Keling potong kelapa akan penggal leher anak-anak kecil yang berkeliaran jauh dari rumah dan kepala mereka akan ditanamkan di hujung jambatan yang sedang dibina atau di tapak-tapak pembinaan lain. Pada waktu itu, perkataan ‘Keling’ bukan luar biasa dan tidak dianggap menghina atau menghasut. Asal usul ‘Keling dalam bahasa Melayu adalah rujukan kepada orang dari empayar kuno India bernama Kalinga yang terlatak di negeri Orissa sekarang. Diceritakan yang Empayar Kalinga sangat gagah hingga berjaya menyekat penaklukan Maharaja Asoka. Jadi, kerana terpengaruh dengan mitos Empayar Kalinga itu, orang Melayu menyamakan orang yang datang dari benua kecil India dengan orang Kalinga. Akibatnya perkataan Keling digunakan dengan meluas. Misalnya, salah seorang ibu saudara sepupu saya namanya Mak Cik Keling. ...
Istilah penny ini melalui bahasa pasaran saham ialah saham-saham yang harganya di bawah 20 sen. Dalam papan Bursa Malaysia terdapat banyak saham syarikat tersenarai yang harganya berada di dalam lingkungan ini. Contoh terbaik ialah pada saham-saham yang banyak terdapat di dalam pasaran ACE ( boleh rujuk sumber ini untuk mengetahui tentang pasaran ACE https://drwannazri.wordpress.com/2010/03/19/ace-market/ ) Pasaran ACE ini lebih mudah untuk difahamkan adalah syarikat-syarikat yang baru dan ianya berkembang dengan modal-modal yang dikeluarkan oleh pelabur-pelabur. Pelaburan di dalam pasaran ACE boleh mendorong pelabur ke arah risiko yang besar kerana ada sesetengah syarikat di dalam pasaran ACE telah dinyahkan daripada tersenarai di dalam Bursa Malaysia atas sebab-sebab tertentu . Ramai juga kalangan pelabur dan pedagang runcit yang menjauhkan diri daripada membeli saham-saham cap ayam ini tetapi masih terdapat juga yang menggemari kaunter-kaunter ini kerana dengan se...
Comments