Lebah kelulut
Baru-baru ini saya ada belajar sikit ilmu daripada seorang pak cik yang mengusahakan lebah kelulut. Madu kelulut boleh diambil satu kali dalam 2 minggu dan kuantiti madunya dianggarkan sebanyak 1 kilogram dan harganya boleh mencecah 300 ringgit Malaysia. Ini adalah rumah bagi kelulut:
Dan ini pula adalah lubang yang dibuat oleh tentera-tentera kelulut di sudut rumah tersebut:
Dan ini pula adalah lubang yang dibuat oleh tentera-tentera kelulut di sudut rumah tersebut:
Pak cik itu memberitahu saya, ada pantang larang untuk melihat kelulut bekerja iaitu jangan menghalang laluan kelulut yang dimaksudkan saya adalah berdiri di depan lubang kelulut itu. Jika kita menghalang laluan mereka(Kelulut), mereka akan serang seseorang itu dengan mengerumuni kepala seseorang itu. Walaupun begitu, lebah kelulut ini tidaklah membunuh seseorang.
Apabila telah sampai masa untuk mengambil madu kelulut daripada rumah kelulut, ini adalah langkah yang perlu diikuti:
1) Sediakan rumah yang baru yang sama bentuk dengan yang asal
2) Ambil rumah kelulut yang ada kelulut di dalamnya dan letakkan di tempat berdekatan
3) Letakkan rumah baru ditempat asal dan buka plastik yang terdapat di dalam rumah kelulut yang asal
4) Tunggu selama 1 minit supaya lebah kelulut tidak mengerumuni kepalakita
5) Ambil getah yang ada di dalam rumah kelulut dan lekatkan di rumah baru (tetapi perlu diingatkan ianya mesti dilekatkan sama arah dengan yang sebelumnya)
6) Selepas itu, tentera kelulut akan meluru ke arah getah yang diletakkan tadi
7) Selepas itu, pengusaha boleh menyedut hasil madu kelulut yang diusahakan itu
Ini langkah untuk pam madu kelulut
Ini adalah tentera lebah kelulut, jangka hayatnya dianggarkan hanya selama 45 hari sahaja. Manakala, jangka hayat bagi ratu kelulut (ekornya adalah lebih besar) pula adalah selama 7 tahun. Tentera kelulut betina ditugaskan untuk mencari madu di bunga-bunga yang ada di sekeliling manakala si jantan menjaga telur. Itulah serba sedikit yang saya ingin kongsikan kepada pembaca.
Comments