Video yang dimuat turun oleh Tok Anjang menjadi perkara yang dikecam oleh netizen-netizen di facebook (fb). Perkara yang diperkatakan adalah admin bagi page Tok Anjang ini adalah merupakan penyokong bagi Barisan Nasional (BN). Pembaca boleh menilai sendiri apa yang video itu ceritakan jika penulis silap menulis maka akan menjadi kencaman di media sosial nanti.

     Penulis tidak berada di mana-mana pihak kerajaan mahupun pembangkang kerana penulis masih tidak dapat untuk mengundi bagi pilihanraya yang terdekat ini. Bagi pandangan penulis, jika dilihat dari segi positif bagi video ini maka penulis dapat satu nukilan ulasan yang menarik iaitu video ini ditujukan pada rakyat Malaysia yang perlu bekerjasama bagi memeperjuangkan tanah air walaupun berbeza dari sokongan politik. InsyaAllah bagi isu tentang Korea Utara tidak akan menjadi isu yang boleh menyebabkan peperangan yang melibatkan antara Malaysia dan Korea Utara.

     Pembunuhan yang dilakukan itu bukannya dirancang oleh rakyat Malaysia atau mana-mana individu yang berada di kedudukan tertinggi di Malaysia. Pembunuhan itu perlulah diselidik dengan terperinci agar tidak akan berlaku kesilapan bagi penangkapan yang dilakukan.

     Berbalik pada isu video tadi, penulis rasa admin bagi page Tok Anjang ingin para netizen menghayati sejarah-sejarah Melayu yang terdahulu tentang penghianat (yang tidak memberi kerjasama apabila Malaysia dijajah) yang berada di Tanah Melayu pada suatu ketika dahulu. Penulis ada juga terbaca komen di video ini yang mengatakan "Semangat patriotik ku kian menghilang, apabila Perdana Menteri sekarang memegang title itu". Bagi pendapat penulis, memang betul akan keperluan untuk menentang kezaliman yang dilakukan oleh pemimpin tapi ingatlah jika negara jatuh ke pihak luar seperti (contoh je) Korea Utara maka negara Malaysia pasti akan merasai kembali peristiwa-peristiwa lampau yang begitu menyakitkan. Jika tidak sayang pemimpin, harapnya sayang negara kerana negara Malaysia akan diduduki oleh generasi-generasi selepas kita iaitu anak-anak yang sedang membesar.

Nukilan daripada penulis//..

Comments

Popular posts from this blog

6 Topi pemikiran

Sejarah perkataan 'Keling' di Malaysia

Masih adakah hamba dalam dunia yang serba moden?