Masih adakah hamba dalam dunia yang serba moden?


 Setelah melihat beberapa kajian yang telah dibuat, menunjukkan perhambaan masih lagi tetapi agak berbeza sedikit daripada yang sebelum ini. Perhambaan pada hari ini digelar "modern slavery" atau perhambaan secara moden. Perhambaan ini berbentuk pemerdagaan manusia, kerja buruh paksa, pemaksaan anak-anak kecil bekerja, hamba seks, pemaksaan budak bawah umur untuk menyertai askar dan ada beberapa lagi.

Senarai negara-negara yang mencatatkan purata yang paling tinggi dalam aktiviti perhambaan moden:-

1)  Korea Utara ( 4.373%)
-Anggaran manusia yang menjadi perhambaan moden seramai 1,100,100 daripada populasi penduduk 25,155,000

2) Uzbekistan ( 3.973%)
-Anggaran manusia yang menjadi perhambaan moden seramai 1.236.600 daripada penduduk 31,125,000

3) Kemboja ( 1.648%)
-Anggaran manusia yang menjadi perhambaan moden seramai 256,800 daripada penduduk 15,578.000

4) India ( 1.4%)
-Daripada populasi manusia seramai 1.311,051,000 di India, seramai 18,354,700 yang menjadi
perhambaan moden



Fakta-fakta yang saya berikan itu saya telah merujuk http://www.globalslaveryindex.org/index/#
Negara yang paling banyak aktiviti perhambaan berbentuk moden adalah Negara India iaitu dianggarkan seramai 18 juta orang. Adakah pihak kerajaan tidak mengambil tindakan akan perkara ini? Atau Adakah pihak kerajaan turut terlibat akan perkara ini?
Di mana sifat kemanusiaan yang ada pada diri pembaca? Hanya melihat?
 

Comments

Popular posts from this blog

6 Topi pemikiran

Sejarah perkataan 'Keling' di Malaysia