Hari ini saya ingin kongsikan pengalaman pada 7 Feb 2015 iaitu Program Kemasyarakatan Pra U Shams (Sheikh Abdul Malik) di Terengganu. Pada mulanya memang terdapat banyak pendapat agar dilakukan di tempat-tempat yang berbeza, oleh kerana ingin menghormati cadangan daripada seorang ustaz yang bernama Ustaz Saufi lalu bersetuju melakukan program ini di Bukit Kandis.
Ini adalah beberapa gambar dalam program itu yang tidak perlu saya ulaskan, kerana biarlah gambar berbicara.
Walaupun program ini hanyalah dilangsung satu hari sahaja tetapi ianya merupakan pengalaman yang amat berharga kerana aktiviti ini dapat mendekatkan diri dengan Allah. Oleh kerana aktiviti ini dilakukan di kubur kerana jika seseorang itu menziarahi kubur akan terbayang perisstiwa-peristiwa yang akan berlaku di alam barzakh nanti.
Jika suatu hari saya mengalami masalah otak yang dapat memadamkan banyak peristiwa sehingga lupa akan kawan-kawan disekeliling, harapnya tulisan saya ini dapat mengembalikan ingatan saya. Hahaha terlalu terpengaruh dengan cerita memang terbawa-bawa. Ok sekian.
Comments