Gambar ini seakan seorang manusia gergasi yang meniup manusia-manusia kedil sehingga jatuh. Walhal, ianya hanya helah dari kedudukan gambar yang diambil, kedudukan si lelaki yang berkaca mata berada agak jauh dengan orang-orang yang bermain ski.
Jadi dalam apa-apa situasi pun seorang itu mestilah memandang sesuatu dengan cara yang berbeza seperti kebanyakkan orang menyebut sebagai berfikir di lur kotak. Ada orang bertanya perlukah berfikir di luar kotak sedangkan cukuplah menghafal ilmu-ilmu yang ada di depan mata?
Bagi saya ianya memang sangat perlu, saya membawa contoh dalam permainan bola. Jika sesorang pemain pertahanan hanya menghafal semua pergerakan membawa bola, pemain itu tidak akan maju. Sebabnya adalah jika pihak lawan sudah menghafal pergerakan pemain itu, ianya sudah tidak apa lagi. Akan tetapi jika pemain itu menggunakan teknik yang dia hafal lalu digunakan dengan cara agak berbeza memang itu pergerakan yang sukar untuk dibaca.
Memang susah juga nak faham apa yang saya jelaskan tadi jika pembaca bukannya seorang pemain bola. Dengan kata jika pemikiran ini tidak digunakan maka tidak akan ada penciptaan teknologi-teknologi kerana pemikiran ini juga mengembangkan ilmu yang sedia ada.
Itu sahaja ulasan saya mengenai pemikiran luar kotak ini. Harap pembaca dapat memanfaatkannya.
Comments