Pengalaman PLKN Batu Jong Siri 1 2014
Al kisah tentang pengalaman saya di Plkn. PLKN adalah singkatan kepada Program Latihan Khidmat Negara. Ianya adalah program bagi membina golongan-golongan belia semangat untuk mempertahankan negara dan program ini juga ada latihan-latihan seperti latihan tentera misalnya penggunaan senjata M-16.
Oleh kerana kekurangan gambar saya hanya kongsikan yang mana ada sahaja.
Banyak pengalaman yang dapat saya dapat daripada menyertai PLKN seperti berdikari, cara penggunaan kompas, membaca peta, penggunaan senjata, cara mempertahankan diri dan macam-macam lagi. PLKN 2.0 yang baru diperbaharui saya rasa lebih menarik dari segi aktivitui-aktivitinya akan tetapi untuk mengelakkan sesuatu yang buruk berlaku seperti melakukan hubungan secara tidak sah, sebagai peserta PLKN amat perlu untuk menjaga pergaulan antara lelaki dan perempuan. Itu sahaja perkongsian saya pada hari ini.
Comments