Kata-kata pengajaran

Al Quran terkandung banyaknya ilmu darinya, apabila berasa sangat sempit dan susah ketika menjalani kehidupan yang penuh dengan ujian serta penipuan ini hayatilah isi-isi yang terkandung di dalam Al Quran kerana Al Quran merupakan kitab yang paling agung di dalam dunia ini. Isi-isi di dalamnya sarat denga pelbagai ilmu tetapi sebelum ingin mengetahui secara mendalam tentangnya maka marilah sama-sama hadir ke majlis-majlis ilmu yang membicarakan tentang tafsiran al Quran.

Ilmu itu sangat penting, kata ibnu hazm dalam kitab yang dikarangnya iaitu Mudaawatun Nufuus mengatakan bahawa termasuk faedah ilmu adalah menghilangkan keraguan dalam diri manusia dan mengusir kesedihan, kesusahan, dan kecemasan.

*Kitab La Tahzan, Dr 'Aidh Abdullah Al Qarni

Comments

Popular posts from this blog

6 Topi pemikiran

Sejarah perkataan 'Keling' di Malaysia

Masih adakah hamba dalam dunia yang serba moden?