Gambar sekadar hiasan
Alhamdulillah,
Hariini
ku merujuk beberapa buah buku di perpustakaan awam di Terengganu, pada awalnya
ku mengulangkaji akan pembelajaran edit di dalam software adobe photoshop banyak
juga yang dapat ku perolehi daripada pengubahan warna bagi sesuatu gambar atau
keseluruhan gambar ianya membuatku gembira kerana akan ku persembahkannya dalam
bentuk dakwah apabila ada masanya nanti.
Buku kedua yang ku rujuk adalah “Falsafah Hidup” hasil
karangan HAMKA (Haji Abdul Malik Karim Amrullah, seorang anak minang yang
paling kukagumi) daripada buku ini terdapat hadis Nabi yang menggalakkan
umatnya jangan hanya menyebar dan berkongsi ilmu tanpa memahami sesuatu ilmu
itu. Diibaratkan pengkhutbah yang membaca khutbah tentang hidup sebagai orang
asing di bumi Allah yang luas dan penuh dengan keindahan ini. Akan tetapi
Khatib itu apabila ditanya akan definisi bagi kehidupan tidak dapat dengan baik
oleh Khatib itu.
Buku seterusnya, ku sambung pembacaan ku tentang
“Peperangan Terakhir Uthmaniyah” hasil karangan Wan Kamarul Ariffin Wan Ahmad.
Dalam pembacaan ku harini, dapat ku tahu akan sejarah kerajaan Uthamaniyah yang
terbina selama hamper 625 tahun iaitu dari tahun 1299 sehingga 1924. Pada tahun
1924, kerajaan Turki Uthmaniyah telah dijatuhkan oleh golongan anak Muda yang
diketuai oleh Mustafa Kamal Al Tartuk. Kerajaan Uthmaniyah ini mempunyai 5 fasa
pemerintahan iaitu:
I.
Peringkat
Awal Penubuhan (1299-1453
II.
Peringkat
Perembangan dan Pengukuhan (1453-1682)
III.
Perkembangan
mendatar, kebangkitan nasionalisme dan Cabaran Pihak Barat (1683-1827)
IV.
Kemerosotan
dan Kejatuhan (1828-1908)
V.
Pembubaran
pemerintahan (1908-1924)
Antara pembacaan ku
kejatuhannya adalah disebabkan dua sebab(hanya ini yang sempat dibaca) iaitu
kurangnya semangat jihad dikalangan para Sultan di era Pertengahan Kerajaan
Uthmaniyah berbanding pada era awal pemerintah kerajaan Uthmaniyah. Era yang
paling menggangumkan adalah pada Era pemerintahan Khalifah Sultan Muhammad Al
Fateh kerana Berjaya membuka kota di Kota Konstantinople.
Bagi buku seterusnya adalah
“Memahami Penerbitan Buku” hasil tulisan Hamedi Mohd Adnan. Apa yang dinyatakan
bahawa penulisan di Malaysia ini hanya terhad di dalam Negara sahaja, penulis
yang Berjaya mengeluarkan penulisan mereka di seluruh dunia hanya sedikit
sahaja berbanding Negara Amerika Syarikat dan Britain yang merupakan pengeluar
terbesar dalam penerbitan buku. Buku-buku yang diterbitkan oleh penulis
Malaysia tidak boleh sembarangan dikeluarkan ke Negara Jiran seperti Indonesia
walaupun bahasa yang digunakan hamper sama kerana adanya undang-undang yang
menghalangnya. Tetapi buku-buku Indonesia banyak yang dipasarkan di Negara ini.
Malangnya bagi penulis novel atau ilmiah di dalam Negara jualannya adalah tidak
menggalakkan kerana orang Malaysia kurang membaca, jika penulis mencetak 5000 buku yang ditulis tidak dapat dihabiskan walaupun dalam tempoh 2 tahun, oleh
itu komisyen yang diperoleh oleh penulis amat sedikit sekali jika penulis buku
menerbitkan buku bersama penerbit, contohnya Telaga Biru.
Itu sahajalah perkongsian
penulis pada harini, penulis juga berusaha untuk mengeluarkan buku pada suatu
hari, akan tetapi penulisan penulis belum cukup untuk memuaskan hati pembaca.
Ucapan terima kasih pada pembaca yang sudi membaca karangan ini.
Comments