Pada hari ini kita diberi 86400 saat sehari, dan keesokan hari juga begitu walaupun begitu masa ini tidak akan bertambah dan ianya kekal begitu. Sama ada kita mengisinya dengan sesuatu yang bermanfaat atau pun tidak ianya bergantung. Jika seseorang itu tidur selama 8 jam sehari dalam 10 tahun dia telah tidur selama lebih kurang 3 tahun 4 bulan 2 hari, jika makan dan minumnya 1 jam sehari dalam lebih kurang 10 tahun, waktu makan dan minumnya dalam 10 tahun adalah lebih kurang 5 bulan. Manakala jika masa untuk belajar dan membaca dalam sehari dia belanjakan hanya 3 jam sehari dalam 10 tahun dia hanya membelanjakan masa lebih kurang 1 tahun 3 bulan 2 hari sahaja.
Oleh sebab itu, belanjakanlah masa yang ada dengan sebaiknya jika datang peluang seperti dibuka ilham untuk berniaga, atau diberi peluang untuk mencari pengalaman dalam sesuatu hal perlu digunakannya dengan sebaiknya.
Jika diberi tenaga dan tubuh badan yang sihat serta baik gunakanlah dengan perkara-perkara yang mendatangkan kebaikan dan bukannya melakukan perkara yang sia-sia. Jangan sia-sia akan pemberian yang telah diberikan kerana tenaga ditangan atau dianggota badan tidak selalu kekal.
Manakala, jika diberi kebahagian perlu dikongsi dengan orang lain contoh diberi kekayaan dikongsi dengan bersedekah, serta berwaqaf janganlah menggunakannya ke arah keburukan.
Kesimpulannya, masa itu sangat berharga, masa itu ibarat emas yang nilainya kian bertambah setiap hari, masa itu ibarat pedang jika kita tidak memotongnya maka masa itu akan potong kita.
(Penulis masih tidak tahu beza antara gurindam, sajak, syair, puisi, penulisan penulis hanya berdasarkan dari lintasan minda penulis sahaja).😀😀
Comments