Teori Hafalan daripada beberapa teori

Harini saya akan gabungkan 3 teori iaitu teori daripada Sherlock Holmes (Conan Doyle), Ustaz Adi Hidayat (Penceramah Agama Indonesia) dan Detective Conan(Gosho Aoyama).

Hafalan ini boleh diterapkan di dalam hafalan Al Quran bagi seseorang. Di dalam teori Ustaz Adi Hidayat (UAH) boleh rujuk https://www.youtube.com/watch?v=c8-tuoyg3nQ
Terdapat banyak link daripada youtube yang agak panjang tetapi saya ambil yang paling ringkas supaya memudahkan pembaca untuk menggunakannya. Melalui pembelajaran daripada itu, hasilnya seseorang dapat menghafal satu surah di dalam al Quran tidak kiralah ianya pendek ataupun panjang tetapi apabila menyebut suatu nombor dia akan dapat petik ayat itu.

Bagi teori detective conan "Apabila melihat nombor cari sesuatu darinya", boleh rujuk pada episode 400(minit ke 8-16). Pembaca boleh melihat dengan jelas cara Shinichi mempertajam otaknya dengan melihat setiap nombor plate kereta yang melalui bas yang dinaikinya dan menyebutnya menjadi suatu perkataan. Contohnya 2 3 -1 9 (ni san i ku =nii-san, iku=lets go, big brother). Oleh itu, teori UAH digabungkan dengan teori Aoyama, jadi apabila melihat sesuatu nombor di mana-mana ulanglah ayat Al Quran yang telah dihafal.

Teori yang dapat daripada hasil tulisan Conan Doyle iaitu Sherlock Holmes (gambar: SH versi moden), adalah "Apabila melihat sesuatu fikirkanlah jawapan darinya". Cotohnya apabila anda melihat burung yang sedang terbang di angkasa dan anda menghadapi masalah tentang pembelajaran anda. Hayati betul-betul burung itu terbang dan hayati, jika kita terigat akan kisah burung iaitu burung itu dapat terbang setelah menghadapi beberapa kali percubaan. Dan kadang-kadang burung itu jatuh lalu ibunya sambut dan support si burung itu. 2 Point penting dapat darinya, yang pertama jangan berputus asa dengan pembelajaran, yang kedua carilah bantuan samada guru anda, kawan, ibu bapa atau adik beradik untuk jadi support kepada anda. Dan daripada teori itu, anda dapat munculkan suatu bentuk hafalan ke atas setiap benda yang anda lihat sebagai contohnya apabila anda melihat besi di hadapan anda petiklah ayat daripada surah Al Hadid petiklah ayat seakan besi itu. Besi itu seakan nombor 7 jadi petiklah .........ءامنوا sehingga habis ayat 7. Dan begitulah seterusnya untuk benda yang lain.

Ilmu ini hanyalah teori yang dapat dihimpunkan semoga ilmu ini dapat dimanfaatkan bersama.
Terus istiqomah💪💪💪

Comments

Popular posts from this blog

6 Topi pemikiran

Sejarah perkataan 'Keling' di Malaysia

Masih adakah hamba dalam dunia yang serba moden?