Hati yg gundah gulana (Buat Killua)
Mulanya aku ingin mengucapkan terima kasih kpd org yg mngkhianati ku sepanjang 5 tahun perkenalan akhirnya diakhiri dgn pengkhianatan. Adat pergaulan akan ada yg datang & pergi itu memang tidak dapat disangkal, & pengkhianatan itu adalah hak dia. Maaf permohonan yg kamu ucapkan pd bulan 7 2019, tidak aku dapat dimaafkan kerana telah mengakibatkan diriku kemurungan( mgkin kamu akan brbangga dgn kecantikkan dpt menyebabkan kemurungan yg berpanjangan pd diriku). Mungkin kamu fikir tindakan kamu tidak salah kerana perempuan sentiasa betul dlm tindakan & ucapan. Aku tidak sekuat Hamka walaupun dipenjarakan & dituduh pengkhianat Negara masih mampu memaafkan orang itu sehingga mampu memngimamkan jenazah orang yg menuduhnya itu, aku juga tidak sekuat Whitebeard walaupun ditikam dari depan pedang oleh Squado & masih mampu mengucapkan "Walaupun kamu melakukan tindakan bodoh tetapi saya masih sayang akan kamu, wahai anakku(bukan anak sebenar boleh follow cerita one piece utk ketahui sebabnya)".
Mgkin bkn masalah ini saja yang aku tanggung kerana ada beberapa masalah yang tidak dapat ku ceritakan di sini. Usahlah risau akan dosa mu itu, hadis juga menceritakan di akhir zaman trdapat ramai golongan wanita yg dimasukkan ke dlm neraka. Aku tidak mendoakannya tapi aku harap kamu sedar akan kesalahan itu.
Jika kamu ingin dimaafkan bagi ku ada satu hajat yg perlu kau capai iaitu perjodohkan diriku dgn Neelofa (pd waktu ni ada ura2 Neelofa dh mau nikah) atau pertemukan aku dengan seorang budak Syria yg bernama Niroz (ketika dirakam di kem pelarian Syria Domeez berumur 10 tahun) atau kamu perlu kembalikan minat aku untuk bermain bola sepak yang telah lama menghilang semenjak bulan 7 2019 yang kali terakhir aku dapat main dengan meyumbang satu gol even dapat sumbang satu gol tapi jiwa tidak begitu stabil sehingga aku tidak mampu gembira lagi utk bermain. Janganlah terlalu bimbang akan itu semua orang tidak maksum dari kesalahan yg dibuat & kamu bukanlah seperti tokoh Sheikh Abdul Qadir Jailani yang sanggup menjadi orang suruhan selama 10 tahun kerana terambil sebiji buah di kebun.
Usah difikirkan kerana kamu ada tanggungjawab yg mungkin jauh lebih penting dr memadamkan dosa besar terhadap manusia seperti aku ini. Aku tidak mengatakan ianya kesalahan yang tidak dapat dimaafkan seumur hidup mungkin akan sampainya masa aku akan maafkan iaitu apabila aku ditimpa bahaya @ penyakit yang boleh membawa maut mungkin ketika itu aku mengucapkan kemaafan kepada mu dgn mulut & hati. Dengan kebaikan kemaafan itu dapatku guna sbg tawassul seperti kisah 3 orang yg trperangkap di dalam gua, moga dapatlah aku selamatkan diri daripada bahaya itu dgn izin Allah.
Oh lupa, pd hari aku tulis akan kata2 ini alhamdulillah aku dapat move on & still memegang janji2 yg pernah diucapkan kerana kerbau diikat pada talinya & manusia diikat pada janjinya. Dalam tempoh ini, lebih baik kita tidak bertemu walaupun adanya suamimu di samping & jika aku bernikah dengan sahabat @ kawanmu lebih baik mata kita tak ketemu lagi supaya hatiku tidak akan bergolak lagi laksana ombak ketika musim tengkujuh. Hadir ke majlis tak menjadi kesalahan tapi cuma aku berharap mata kita tak akan bersetentang lagi. Usah risau aku takkan sesekali melakukan perbuatan jahat terhadap suamimu @ keluargamu krn apa yg aku pegang perbuatan jahat bukannya menyakiti individu itu malah orang sekelilingnya juga. Moga Allah berikan ku kekuatan utk hadapi dgn terbuka.
Alhamdulillah aku telah hidup kembali dengan asbab beberapa ayat Al Quran seperti Surah Ar Raad ayat 28, Surah Al Hajj ayat 54 & surah Al Fajr ayat 27. Memang kemurungan itu amat menyakitkan sehingga ayat ini selalu bermain difikiran "Ya Allah bilakah ujian ini akan berakhir" lalu aku terdengar ucapan dr Ustaz Somad dr satu klip video 7 minit yang mengatakan "Ya ujian ini pasti akan berakhir, iaitu apabila roh berpisah dengan jasad".
Lepas aku mengenang akan semua ini aku terfikir untuk bukukan kisah ini, moga ianya tidak terjadi kepada insan2 lain. Itupun jika umurku masih panjang & jika jantungku digunakan oleh individu yg menerima akan sumbangan organ jantung ku jika masih berfungsi ketika mati (untuk ketahui cerita ini boleh semak pesakit jantung bernama Sonny Graham di Amerika Syarikat di Google or mana2 enjin pencarian).
Terima kasih untuk segalanya dr segi kesakitan mahupun kenikmatan yg dialami sejak mula mengenali, aku tidak akan terus menulis akan keperitan ini mungkin kamu tidak mengambil endah akan hal ini cuma aku taip untuk melepaskan apa yg trbuku. Kiranya dapatlah ku tutup buku ini dengan membuka lembaran baru, dapatlah aku terbang seperti burung layang2 yg seakan2 bebas dr belenggu dunia. Dunia ini cukup luas, kesanggupan untuk meneruskan hidup beerti kamu sanggup menerima berbagai2 ujian serta dugaan yg akan menyusul. Apabila seseorang itu berputus asa maka dia sebenarnya telah mati walaupun jasad masih mampu berdiri tegak. Dan biarlah Allah memberi perlindungan untuk kita semua.
Kaitou
Comments