Posts

Showing posts from 2018

Teori Hafalan daripada beberapa teori

Image
Harini saya akan gabungkan 3 teori iaitu teori daripada Sherlock Holmes (Conan Doyle), Ustaz Adi Hidayat (Penceramah Agama Indonesia) dan Detective Conan(Gosho Aoyama). Hafalan ini boleh diterapkan di dalam hafalan Al Quran bagi seseorang. Di dalam teori Ustaz Adi Hidayat (UAH) boleh rujuk  https://www.youtube.com/watch?v=c8-tuoyg3nQ Terdapat banyak link daripada youtube yang agak panjang tetapi saya ambil yang paling ringkas supaya memudahkan pembaca untuk menggunakannya. Melalui pembelajaran daripada itu, hasilnya seseorang dapat menghafal satu surah di dalam al Quran tidak kiralah ianya pendek ataupun panjang tetapi apabila menyebut suatu nombor dia akan dapat petik ayat itu. Bagi teori detective conan "Apabila melihat nombor cari sesuatu darinya", boleh rujuk pada episode 400(minit ke 8-16). Pembaca boleh melihat dengan jelas cara Shinichi mempertajam otaknya dengan melihat setiap nombor plate kereta yang melalui bas yang dinaikinya dan menyebutnya menjadi suatu pe
Image
Gambar sekadar hiasan Alhamdulillah,             Hariini ku merujuk beberapa buah buku di perpustakaan awam di Terengganu, pada awalnya ku mengulangkaji akan pembelajaran edit di dalam software adobe photoshop banyak juga yang dapat ku perolehi daripada pengubahan warna bagi sesuatu gambar atau keseluruhan gambar ianya membuatku gembira kerana akan ku persembahkannya dalam bentuk dakwah apabila ada masanya nanti. Buku kedua yang ku rujuk adalah “Falsafah Hidup” hasil karangan HAMKA (Haji Abdul Malik Karim Amrullah, seorang anak minang yang paling kukagumi) daripada buku ini terdapat hadis Nabi yang menggalakkan umatnya jangan hanya menyebar dan berkongsi ilmu tanpa memahami sesuatu ilmu itu. Diibaratkan pengkhutbah yang membaca khutbah tentang hidup sebagai orang asing di bumi Allah yang luas dan penuh dengan keindahan ini. Akan tetapi Khatib itu apabila ditanya akan definisi bagi kehidupan tidak dapat dengan baik oleh Khatib itu. Buku seterusnya, ku sambung pembacaan ku
Image
Pada hari ini kita diberi 86400 saat sehari, dan keesokan hari juga begitu walaupun begitu masa ini tidak akan bertambah dan ianya kekal begitu. Sama ada kita mengisinya dengan sesuatu yang bermanfaat atau pun tidak ianya bergantung. Jika seseorang itu tidur selama 8 jam sehari dalam 10 tahun dia telah tidur selama lebih kurang 3 tahun 4 bulan 2 hari, jika makan dan minumnya 1 jam sehari dalam lebih kurang 10 tahun, waktu makan dan minumnya dalam 10 tahun adalah lebih kurang 5 bulan. Manakala jika masa untuk belajar dan membaca dalam sehari dia belanjakan hanya 3 jam sehari dalam 10 tahun dia hanya membelanjakan masa lebih kurang 1 tahun 3 bulan 2 hari sahaja.      Oleh sebab itu, belanjakanlah masa yang ada dengan sebaiknya jika datang peluang seperti dibuka ilham untuk berniaga, atau diberi peluang untuk mencari pengalaman dalam sesuatu hal perlu digunakannya dengan sebaiknya.      Jika diberi tenaga dan tubuh badan yang sihat serta baik gunakanlah dengan perkara-perkara y

Kata-kata pengajaran

Image
Al Quran terkandung banyaknya ilmu darinya, apabila berasa sangat sempit dan susah ketika menjalani kehidupan yang penuh dengan ujian serta penipuan ini hayatilah isi-isi yang terkandung di dalam Al Quran kerana Al Quran merupakan kitab yang paling agung di dalam dunia ini. Isi-isi di dalamnya sarat denga pelbagai ilmu tetapi sebelum ingin mengetahui secara mendalam tentangnya maka marilah sama-sama hadir ke majlis-majlis ilmu yang membicarakan tentang tafsiran al Quran. Ilmu itu sangat penting, kata ibnu hazm dalam kitab yang dikarangnya iaitu Mudaawatun Nufuus mengatakan bahawa termasuk faedah ilmu adalah menghilangkan keraguan dalam diri manusia dan mengusir kesedihan, kesusahan, dan kecemasan. *Kitab La Tahzan, Dr 'Aidh Abdullah Al Qarni

Kesabaran mereka cukup mengkagumkan

Image
Hari bersilih ganti dari ahad ke sabtu hanya yang dilalui kenikmatan dan kesusahan tetapu apa pula nasib kepada saudara-saudara seislam di luar sana seperti Syria, Palestin, Rohingya, Iraq, dan banyak lagi. Ternyata nasib mereka sangat memerlukan perhatian dari pelbagai pihak tetapi yakinlah Allah itu sangat adil, Allah tidak akan membiarkan nasib mereka berterusan malang dan buruk. Sebagai seorang manusia saya cukup simpati akan nasib mereka kerana untuk mendapatkan sesuap makanan sangat ajaib atau kenikmatan yang tidak dapat diungkapkan. Apakah yang mampu kita bantu? Adakah dengan mengangkat senjata atau mernderma? Jika mahu mengangkat senjata di sana adakah kita akan menyusahkan mereka sahaja ataupun sebaliknya? Mereka ini masih lagi bertahan di tempat mereka, ada yang menjadi tahanan, ada yang menjadi pelarian, tetapi mereka tidak membunuh diri walhal kesusahan yang mereka sangat perit hanya Allah sahaja yang mengetahui akan keperitan mereka. Diakhir kalam mari berdoa agar

Kata-kata mutiara

Image
Janganlah tinggal di tempat yang di dalamnya terdapat kezaliman Kerana perkara itu dapat mengotori hati Kecuali jika anda dapat terhindar darinya Berjalanlah ke barat kerana di sana adanya manfaat Berjalanlah ke timur kerana di sana terdapat manfaat Larangan untuk menjebakkan diri ke tempat yang adanya kezaliman, kezaliman yang dikatakan ini yang dilakukan oleh majoriti masyarakat di suatu tempat itu. Ianya akan mengotori hati apabila seseorang akan mudah terjebak dengan kezaliman yang dilakukan oleh orang ramai itu kerana ada pepatah yang mengatakan jika berkawan dengan orang memakai minyak akan berbau minyak wangi jika berkawan dengan orang membuat pedang akan berbau arang yang dibawa oleh pembuat pedang itu. Dan sebaliknya jika seseorang itu dapat menjaganya. Apa yang ingin dikatakan di sini adalah merantaulah di timur, barat, utara mahupun selatan kerana pasti adanya manfaat ataupun kebaikan yang akan diperolehi oleh seseorang itu. Buktinya kebanyaka

Resepi Maqlouba daripada Palestin

Image
Bahan-bahan yang diperlukan bagi maqlouba ini adalah: 1) Saffron 2) Kayu Manis 3) Bunga cengkih 4) Garam 5) Lemon 6) Jintan Putih 7)  pimento 8) Buah Pelaga 9)  Daun Salam Untuk memudahkan pembaca boleh lihat di video di bawah:-

6 Topi pemikiran

Image
6 jenis topi yang berlainan warna mempunyai sifat-sifatnya yang tersendiri, pemikiran diilhamkan daripada Edward de Bono. Pemikiran yang dikemukan oleh Edward de Bono boleh diterapkan di dalam pelbagai masalah atau perbincangan. Lukisan topi itu diambil kerana topi merupakan pakaian yang dipakai di atas kepala, ianya digunakan bagi berteduh dari kepanasan dan juga digunakan untuk bergaya. Sedikit pencerahan tentang warna-warna topi ini:- Hijau- Jana idea-idea terlebih dahulu Sebanyak yang mungkin tidak kira idea itu betul ataupun salah Step 1 Kuning Senaraikan faedah atau kebaikan tentang perkara itu Digunakan pada sesuatu perkara yang mempunyai kelemahan Putih Cari maklumat tentang perkara itu Persoalan: Siapa?Apa?Bagaimana? Digunakan semasa hendak memilih 2 alternatif yang berbeza Hitam Kegelapan tandanya kelemahan Nyatakan kelemahan yang akan timbul@sedang@telah timbul Setiap pelan mesti ada back up   Untuk lakukan persediaan jika berlaku kecem

Liverpool masih di ku minati

Image
Pada mulanya saya mula mengenali kelab bola sepak Liverpool ini ketika aku menonton sebuah movie yang di arahkan oleh Anwardi Jamil sebagai direktor, iaitu semasa watak osman menyamakan pasukan didikan dengan pasukan yang diterajui oleh budak-budak lapok. Perasaan meminati kelab Liverpool bertambah setelah hadir beberapa pemain bola sepak yang sukai iaitu Fernando Torres, Steven Gerard, Pepe Reina dan ramai lagi. Pada tahun 2009, saya berjumpa dengan seorang sahabat yang menjadi kawan yang paling rapat ketika itu. Setelah mula mengenali sahabat, saya mula rapat dengan kawan-kawan lain. Walaupun ada juga di kalangan kawan yang iri hati dengan hubungan persahabatan ini. Hal ini merupakan pengalaman yang tidak dapat ku lupakan. Hal ini merupakan sebab aku masih meminati akan Liverpool ini walaupun persahabatan kami telah terputus tapi aku anggap Liverpool ini adalah sahabat aku menggantikan tempat sahabat aku yang telah menjauhiku. Game terbaru Liverpool 4-3 Man City https://www.