Posts

Showing posts from 2017

Saham penny atau kaunter yang digelar "Cap Ayam"

Image
Istilah penny ini melalui bahasa pasaran saham ialah saham-saham yang harganya di bawah 20 sen. Dalam papan Bursa Malaysia terdapat banyak saham syarikat tersenarai yang harganya berada di dalam lingkungan ini. Contoh terbaik ialah pada saham-saham yang banyak terdapat di dalam pasaran ACE ( boleh rujuk sumber ini untuk mengetahui tentang pasaran ACE  https://drwannazri.wordpress.com/2010/03/19/ace-market/  ) Pasaran ACE ini lebih mudah untuk difahamkan adalah syarikat-syarikat yang baru dan ianya berkembang dengan modal-modal yang dikeluarkan oleh pelabur-pelabur. Pelaburan di dalam pasaran ACE boleh mendorong pelabur ke arah risiko yang besar kerana ada sesetengah syarikat di dalam pasaran ACE telah dinyahkan daripada tersenarai di dalam Bursa Malaysia atas sebab-sebab tertentu . Ramai juga kalangan pelabur dan pedagang runcit yang menjauhkan diri daripada membeli saham-saham cap ayam ini tetapi masih terdapat juga yang menggemari kaun­ter-kaunter ini kerana dengan sedikit ken

Sejarah perkataan 'Keling' di Malaysia

Image
Muslihat ibu bapa pada zaman dahulu bagi mengawal anak-anak mereka yang nakal dan buas. Mereka akan memberi amaran keras dengan membuat cerita ngeri mengenai “Keling potong kepala”. Keling potong kelapa akan penggal leher anak-anak kecil yang berkeliaran jauh dari rumah dan kepala mereka akan ditanamkan di hujung jambatan yang sedang dibina atau di tapak-tapak pembinaan lain. Pada waktu itu, perkataan ‘Keling’ bukan luar biasa dan tidak dianggap menghina atau menghasut. Asal usul ‘Keling dalam bahasa Melayu adalah rujukan kepada orang dari empayar kuno India bernama Kalinga yang terlatak di negeri Orissa sekarang. Diceritakan yang Empayar Kalinga sangat gagah hingga berjaya menyekat penaklukan Maharaja Asoka. Jadi, kerana terpengaruh dengan mitos Empayar Kalinga itu, orang Melayu menyamakan orang yang datang dari benua kecil India dengan orang Kalinga. Akibatnya perkataan Keling digunakan dengan meluas. Misalnya, salah seorang ibu saudara sepupu saya namanya Mak Cik Keling.

How to hit the bull's eye??

Image
This picture only a frame.... I took the knowledge from a movie ( Special ID), it from character Fang Jing (Jing Tian) as a police when she taught Dragon (Donnie Yen) to shoot a tin...Here the steps:- 1) Holding a right position of gun 2) Hold it tightly with no relaxation at wrists 3) The eye must be connected with the gun & the target in a straight line

Sindiket Penipuan Internet

Image
Individu yang ada akaun Maybank dinasihatkan berwaspada terhadap kemunculan sindiket penipuan ‘Spoofing’. Timbalan Pengarah JSJK (Siber dan Siasatan Multimedia), Senior Asisten Komisioner Datuk Kamaruddin Md Din berkata, pihaknya telah mengesan wujudnya rangkaian sindiket baru yang menyamar sebagai pegawai bank khususnya Maybank untuk menipu orang awam. Menurutnya, sindiket itu akan menghubungi telefon mangsa (victim) secara rambang sebelum memulakan perbualan dengan mendakwa nama mangsa digunakan individu tertentu untuk melakukan pinjaman peribadi. “Ahli sindiket akan memperkenalkan diri sebagai pegawai bank sebelum meminta mangsa menyatakan nama penuh dan nombor MyKad untuk tujuan pengesahan. “Suspek kemudian mendakwa ada individu yang menyamar dan membuat pinjaman peribadi menggunakan identiti mangsa,” katanya. Mangsa kemudian akan panik dan suspek akan menasihati mereka untuk membuat aduan dengan Bank Negara Malaysia (BNM) atau Polis Diraja Malaysia (PDRM) dengan
Image
Ini adalah antara denda-denda yang dikenakan kepada penulis pada waktu kecil dahulu (Gambar hanyalah hiasan sahaja). Pengalaman yang penulis dapat daripada denda yang dikenakan itu telah banyak mendewasakan penulis. Berikut adalah gambar-gambar denda yang pernah penulis kena ketika waktu persekolahan dulu:-

Pencarian Maklumat dengan Google

Image
Penulis Azleen Abdul Rahim- Utusan ANDA  pernah Google diri anda ataupun jenama anda sendiri? Pasti teruja dapat melihat profil anda sendiri terpampang di internet. Tetapi kali ini cuba anda cari jenama anda sendiri di laman enjin pencarian seperti Google, Yahoo mahupun Bing, dengan cara lain selain daripada menulis nama jenama anda. Cuba anda taip sesuatu yang melibatkan industri anda sendiri, atau mencari jenama anda berdasarkan tempat di mana jenama anda beroperasi, kemudian cuba lihat di dalam senarai yang dipaparkan sama ada, ada atau tidak jenama anda di situ. Saya yakin jenama anda pasti tidak akan muncul di muka surat pertama, kedua, ketiga ataupun di muka surat berapa sekali pun di Google. Saya juga yakin yang jenama anda tidak akan dijumpai langsung. Anda cuma akan berjumpa apabila anda menaip jenama anda sendiri. ‘Restoran Untuk Sarapan Pagi Yang Enak di Muar.’ Apabila seseorang ingin mencari sesuatu maklumat, mereka tidak akan menaip dengan terperinci.

Tokoh Syeikh Ramadhan Al Buthi

Image
Penulis akan menceritakan serba sedikit kisah mengenai Syeikh Ramadhan Al Buthi ini. Beliau dikenali sebagai Muhammad Sa’id Ramadhan Al Buthi merupakan tokoh ulama’ masyhur di negara Syria. Beliau dilahirkan pada tahun 1929 di Desa Jilka, Pulau Buthan (Ibnu Umar) yang terletak di antara Turki dan Iraq dan beliau berasal dari suku kaum Kurdi.    Beliau merupakan seorang ahli falsafah yang cukup dikagumi dan ia diwarisi daripada sifat ayahandanya Syeikh Al-Buthi yang giat memberikan pendidikan kepada masyarakat Islam se jak usia mudanya sehingga hujung hayatnya. Syeikh Ramadhan Al-Buthi meberuskan pengajian beliau di peringkat tertinggi di Universiti Al-Azhar, Mesir dan Berjaya di dalam Pendidikan Sarjana S1 di dalam bidang Syari’ah. Beliau menyambung pengajiannya di universiti yang sama di dalam Bahasa Arab dan berjaya menghabiskan pengajiannya di dalam masa yang singkat.    Setelah menyelesaikan pengajian di peringkat sarjana, beliau ditugaskan untuk menjadi tenaga pengaj
Video yang dimuat turun oleh Tok Anjang menjadi perkara yang dikecam oleh netizen-netizen di facebook (fb). Perkara yang diperkatakan adalah admin bagi page Tok Anjang ini adalah merupakan penyokong bagi Barisan Nasional (BN). Pembaca boleh menilai sendiri apa yang video itu ceritakan jika penulis silap menulis maka akan menjadi kencaman di media sosial nanti.      Penulis tidak berada di mana-mana pihak kerajaan mahupun pembangkang kerana penulis masih tidak dapat untuk mengundi bagi pilihanraya yang terdekat ini. Bagi pandangan penulis, jika dilihat dari segi positif bagi video ini maka penulis dapat satu nukilan ulasan yang menarik iaitu video ini ditujukan pada rakyat Malaysia yang perlu bekerjasama bagi memeperjuangkan tanah air walaupun berbeza dari sokongan politik. InsyaAllah bagi isu tentang Korea Utara tidak akan menjadi isu yang boleh menyebabkan peperangan yang melibatkan antara Malaysia dan Korea Utara.      Pembunuhan yang dilakukan itu bukannya dirancang oleh rakya

Tayar ilmu yang penting

Image
Sekadar Gambar Hiasan Hari ini saya ingin berkongsi ilmu tentang tayar kerana tayar menjadi salah satu komponen yang amat berharga pada sesebuah kereta. Kebiasaannya pemandu menyediakan tayar pengganti sebagai "spare" bagi menggantikan tayar yang telah pancit, dan tayar pancit merupakan masalah yang besar bagi pemandu jika pemanduan mereka berada di Lebuh raya atau pendalaman. Hal ini kerana, mereka sukar untuk mendapatkan bantuan daripada mana-mana individu yang mempunyai kepakaran mengenainya. Ada juga dikalangan pemandu yang menggunakan tayar donut (yang lebih kecil sedikit dari tayar biasa) untuk menggantikan tayar yang telah pancit. Ini adalah sedikit tip untuk itu:- 1] PANDU PERLAHAN Apabila menggunakan tayar ganti, perlu mengekalkan kelajuan yang rendah. Tayar donat bukan dibuat untuk memandu laju seperti tayar konvensional. Disebabkan saiz yang lebih kompak, dinasihatkan tidak memandu melebihi kelajuan 80 kilometer sejam. Untuk langkah keselamatan pandula

Malaysia-Arab

Image
Info: Susur galur hubungan Malaysia-Arab Saudi:  Tahun 1400 hingga 1511 - Aktiviti perdagangan pada zaman Kesultanan Melayu Melaka  Tahun 1511 - Hubungan terganggu kerana penjajahan Portugis. Tahun 1600 - Pedagang Arab kehilangan monopoli di gugusan Kepulauan Melayu kerana penjajahan Inggeris dan Belanda.  Tahun 1900 - Penjajah British menghapuskan duti kastam, sekali gus membawa kembali kemasukan pedagang Arab dan China.  Tahun 1970 - Pemimpin Malaysia melaksanakan pelbagai usaha bagi menjalin hubungan dengan Arab Saudi.  Tahun 1975 - Perdana Menteri Kedua, Allahyarham Tun Abdul Razak Hussein mengadakan kunjungan ke Arab Saudi.  Tahun 1976 - Perdana Menteri Ketiga, Allahyarham Tun Hussein Onn mengunjungi Arab Saudi.  Tahun 1976 - Kerajaan Arab Saudi menyalurkan bantuan kewangan dalam Rancangan Malaysia Ketiga (1976-1980).  Tahun 1983 - Arab Saudi menyalurkan dana kepada penubuhan Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (PERKIM) dan pembangunan Universiti Islam Antarabangs

Latar suara bagi one piece

Image
Saya merupakan antara peminat anime one piece, jadi saya ingin kongsikan latar suara bagi watak-watak yang ada di dalam one piece

Lebah kelulut

Image
Baru-baru ini saya ada belajar sikit ilmu daripada seorang pak cik yang mengusahakan lebah kelulut. Madu kelulut boleh diambil satu kali dalam 2 minggu dan kuantiti madunya dianggarkan sebanyak 1 kilogram dan harganya boleh mencecah 300 ringgit Malaysia. Ini adalah rumah bagi kelulut: Dan ini pula adalah lubang yang dibuat oleh tentera-tentera kelulut di sudut rumah tersebut: Pak cik itu memberitahu saya, ada pantang larang untuk melihat kelulut bekerja iaitu jangan menghalang laluan kelulut yang dimaksudkan saya adalah berdiri di depan lubang kelulut itu. Jika kita menghalang laluan mereka(Kelulut), mereka akan serang seseorang itu dengan mengerumuni kepala seseorang itu. Walaupun begitu, lebah kelulut ini tidaklah membunuh seseorang. Apabila telah sampai masa untuk mengambil madu kelulut daripada rumah kelulut, ini adalah langkah yang perlu diikuti: 1) Sediakan rumah yang baru yang sama bentuk dengan yang asal  2) Ambil rumah kelulut yang ada kelulut di dalamnya da

Adakah isu ini akan menjadi isu dunia?

Image
Pada isnin(13 Februari 2017) lalu, dunia dikejutkan kematian dipercayai saudara tiri kepada Kim Jong-un(Pemimpin Tertinggi Korea Utara). Korea utara merupakan antara negara yang menggunakan tenaga nuklear sebagai senjata jika genjatan senjata berlaku, ini membimbangkan bukan sahaja akan memendekkan usia bumi yang sedia ada malah boleh merosakkan kehidupan di atas bumi ini. Berbalik pada cerita asal, mangsa diberi nama Kim Jong Nam yang mati disyaki disembur cecair di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (KLIA) oleh 2 orang wanita (Doan Thi Huong, 29, Siti Aisyah, 25)  Suspek Kedua-dua suspek ini ditahan untuk siasatan kes pembunuhan ini. Persoalannya adakah ada dalang disebalik kejadian semua ini? Siasatan amat perlu dilakukan dengan amat teliti ada kemungkinan juga kedua-dua suspek wanita itu diugut samada diancam nyawa mereka ataupun ada kemungkinan keluarga atau orang kesayangan mereka ditahan dan diancam bunuh jika tidak melakukan pembunuhan ke atas Kim Jong Nam. Ini

Kereta Idaman

Image
Ini merupakan kereta Porsche A 356, ini adalah model Porsche yang lama. Kereta ini agak terkenal pada pertengahan abad ke 20. Dalam rancangan Anime Jepun iaitu Detective conan, kereta ini merupakan kereta kegemaran Gin iaitu salah seorang penjenayah kumpulan gelap. Kereta ini tidaklah seperti model-model sekarang dan memang sangat sukar menjumpai di Asia Tenggara ini. Ini pandangan kereta Porsche A 356   Itu sahajalah perkongsian saya...😊
Image
Apabila tidak dapat apa yang kita inginkan, perasaan kecewa mungkin menyelubungi seseorang tetapi apabila memikirkan insan (manusia) yang lain perasaan kecewa yang dialami tadi kian menghilang. Oleh kerana, kita mengetahui akan ada orang yang belum merasai kesenangan yang telah kita merasai seperti adanya ibu dan ayah di sisi ataupun kita masih lagi hidup walaupun gaji yang kita dapat hanya cukup-cukup makan sahaja. Walaupun rumah yang kita didiami tidaklah sebesar rumah di sekeliling perumahan tetapi bersyukurlah kerana masih ada ramai insan yang bernasib malang yang tidak mempunyai rumah setelah terpaksa meninggalkan negara mereka. Mereka terpaksa melakukan sedemikian bagi mengelakkan dari terbunuh daripada kekejaman yang dilakukan oleh individu-individu yang tidak bertanggungjawab. Apabila remaja lelaki mengimpikan untuk mendapatkan dakapan daripada seorang isteri, si budak kecil ini mengimpikan untuk mendapatkan dakapan seorang ibu yang telah terbunuh oleh orang y

Frexit

Image
Frexit meaning from France Exit , hal ini membawa makna yang negara Perancis keluar daripada Kesatuan Eropah (Europian Union). Sebelum ini negara British (Britain) telah keluar daripada Kesatuan Eropah, jadi adakah negara Perancis akan turut serta daripada Kesatuan Eropah selepas beberapa isu seperti penurunan nilai mata wang euro?      Pada awalnya, saya tidak begitu ambil kisah akan perkara ini tetapi apabila terfikir yang Perancis dan British pernah menjadi antara 5 kuasa besar yang terdiri daripada negara Amerika Syarikat, Russia, China, British dan Perancis. Hal ini menjadikan kelima-lima kuasa besar ini memunyai agenda-agenda yang tersendiri yang belum kita semua ketahui. Apakah akan berlaku perselisihan faham selepas Frexit berlaku?
Video ini menunjukkan hasil tulisan (surat) seorang budak yang berumur 6 tahun yang tinggal di Amerika syarikat yang mana surat ini ditujukan kepada Barrack Obama (Presiden Amerika Syarikat pada ketika itu). Sebagai seorang manusia yang mempunyai sifat kemanusia, saya amat tersentuh dengan hasil tulisan budak ini walaupun dia masih lagi budak kecil

Isu Pulau Batu Putih

Image
Isu Pulau Batu Putih kembali menjadi isu antara negara Malaysia dan negara Singapura. Pertikaian ini telah berlaku sejak dari tahun 1979 lagi dan pada 23 Mei 2008 Pulau batu putih telah menjadi hak milik Singapura yang telah diadili di Mahkamah Keadilan Antarabangsa ( ICJ). Baru-baru ini ianya kembali dipersoalkan apabila fakta baharu yang ditemui iaitu 3 dokumen yang ditemukan di National Archives of the United Kingdom. Boleh rujuk  http://www.sinarharian.com.my/nasional/pulau-batu-puteh-bukan-milik-singapura-1.623050 Mengapakah ianya menjadi isu sedangkan ianya hanyalah sebuah pulau kecil yang tidak boleh bercucuk tanam atau memberi faedah yang lain? Bagi pendapat saya ianya amat penting, jika Pulau Batu Putih ini ditambun tanah ianya pasti akan memberi tamparan kepada penduduk Johor yang berada berhampiran dengan pantai yang mana air laut kemungkinan akan naik di kawasan itu. Jika tanah ditambun di kawan Pulau Putih itu akan menjadi advantage (kelebihan) kepada Malaysia untu

Pengalaman PLKN Batu Jong Siri 1 2014

Image
Al kisah tentang pengalaman saya di Plkn. PLKN adalah singkatan kepada Program Latihan Khidmat Negara. Ianya adalah program bagi membina golongan-golongan belia semangat untuk mempertahankan negara dan program ini juga ada latihan-latihan seperti latihan tentera misalnya penggunaan senjata M-16.  Oleh kerana kekurangan gambar saya hanya kongsikan yang mana ada sahaja. Banyak pengalaman yang dapat saya dapat daripada menyertai PLKN seperti berdikari, cara penggunaan kompas, membaca peta, penggunaan senjata, cara mempertahankan diri dan macam-macam lagi. PLKN 2.0 yang baru diperbaharui saya rasa lebih menarik dari segi aktivitui-aktivitinya akan tetapi untuk mengelakkan sesuatu yang buruk berlaku seperti melakukan hubungan secara tidak sah, sebagai peserta PLKN amat perlu untuk menjaga pergaulan antara lelaki dan perempuan. Itu sahaja perkongsian saya pada hari ini.

Masih adakah hamba dalam dunia yang serba moden?

Image
 Setelah melihat beberapa kajian yang telah dibuat, menunjukkan perhambaan masih lagi tetapi agak berbeza sedikit daripada yang sebelum ini. Perhambaan pada hari ini digelar "modern slavery" atau perhambaan secara moden. Perhambaan ini berbentuk pemerdagaan manusia, kerja buruh paksa, pemaksaan anak-anak kecil bekerja, hamba seks, pemaksaan budak bawah umur untuk menyertai askar dan ada beberapa lagi. Senarai negara-negara yang mencatatkan purata yang paling tinggi dalam aktiviti perhambaan moden:- 1)  Korea Utara ( 4.373%) -Anggaran manusia yang menjadi perhambaan moden seramai 1,100,100 daripada populasi penduduk 25,155,000 2) Uzbekistan ( 3.973%) -Anggaran manusia yang menjadi perhambaan moden seramai 1.236.600 daripada penduduk 31,125,000 3) Kemboja ( 1.648%) -Anggaran manusia yang menjadi perhambaan moden seramai 256,800 daripada penduduk 15,578.000 4) India ( 1.4%) -Daripada populasi manusia seramai 1.311,051,000 di India, seramai 18,354,700 yang men
Selepas pengumuman Donald Trump mengharamkan kemasukan daripada penduduk di 7 buah negara Islam iaitu negara Iraq, Yaman, Iran, Syria, Sudan, Somalia, dan Libya. ( http://www.npr.org/sections/thetwo-way/2017/01/30/512438879/7-targeted-countries-react-to-trumps-ban-on-immigration )        Video ini telah mendapat sambutan yang menggalakkan daripada orang ramai. Tidak sampai seminggu video ini disiarkan sebanyak 15 juta kali tontonan daripada netizen (warga laman sosial) di facebook. Video ini menceritakan tentang sesebuah negara tidak hanya mengandungi satu golongan sahaja tetapi mempunyai pelbagai jenis latar belakang, ada yang baik dan buruknya.
Image
Baru-baru ini memang amat mengejutkan seorang budak perempuan daripada Aleppo menulis yang hanya berumur 7 tahun dapat menulis surat yang sangat hebat. Surat ini ditujukan kepada Donald Trump (Presiden Amerika Syarikat). Surat ini terkandung luahan hatinya agar Donald Trump selaku Presiden Amerika Syarikat yang terbaru dapat membuka mata agar dapat melakukan sesuatu yang berlaku di Syria ketika ini. Boleh merujuk laman web ini  https://www.theguardian.com/world/2017/jan/25/bana-al-abed-7-begs-donald-trump-to-help-children-of-syria         Nama Bana Alabed telah terkenal dari tahun lepas lagi kerana nukilan yang di luah kan di laman twitternya ( https://twitter.com/AlabedBana ) Antaranya:- Pada umur 7 tahun, Bana Alabed telah mengalami berbagai-bagai penderitaan seperti kehilangan teman baik, guru, sekolah, serta banyak lagi. Di manakah keadilan di dalam dunia ini? Jika pembaca adalah umat Islam apa yang perlu anda jawab di Hari Pengadilan nanti tentang sumbangan a

30/1/17 di masjid Quebec city

Image
Daripada berita "bbc news" menceritakan tentang serangan yang dilakukan ke atas masjid di bandar Quebec city. Anda boleh membacanya di laman web ini  http://www.utusan.com.my/berita/luar-negara/enam-mati-ditembak-ketika-solat-isyak-1.438526 Hal ini menunjukkan orang islam bukan sahaja ditindas atau dibunuh di negara Islam itu sendiri seperti yang sedang berlaku di Palestin dan Syria ketika ini dan juga sejarah telah menunjukkan berlaku pembunuhan ke atas umat Islam di Bosnia dan Rohingya walhal negara itu asalnya adalah negara Islam. Persoalannya, adakah umat Islam terlampau kejam sehingga diperlakukan sedemikian rupa?